Ingat tak dengan Soffwany Yusoff, anggota polis yang tular dan sekarang ini sudah bergelar penyanyi? Wanita ini mendedahkan yang dia kini sudah mengikat tali pertunangan dengan Raja Afiq di Johor pada awal Mac lepas.
Katanya mereka merancang untuk bernikah pada Ogos nanti namun terpaksa ditangguhkan kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dikuatkuasa. "Harapan kami semoga majlis pernikahan diimpikan dapat berlangsung sebelum tahun depan. "Namun, saya anggap apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya kerana kami belum buat sebarang persiapan lagi seperti Afiq pun belum menghadiri kursus kahwin.
"Selain itu, saya juga perlu menjalani beberapa prosedur permohonan lain memandangkan kerjaya sebagai anggota polis," katanya kepada Harian Metro. Soffwany kata dia bukan nak sorok majlis pertunangan selpas berkenalan selama tiga bulan dengan Raja Afiq. "Ketika di awal perkenalan kami, saya jarang melayan Afiq yang kerap menghantar mesej peribadi di Instagram. Namun, melihat pada kesungguhan itu saya akhirnya tertarik untuk berkawan. "Waktu berkawan, kami berborak banyak perkara terutama membabitkan perjalanan tugas polis kerana Afiq sangat berminat nak tahu. "Daripada situ, kami bertukar nombor telefon dan membuat keputusan untuk bertunang pada Mac lalu. Cuma, tarikhnya kami biarlah rahsiakan dan majlis pertunangan pun berlangsung di kediaman keluarga saya di Johor Bahru," tambahnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|