Tindakan warga emas cuba meleraikan pertengkaran anak dan menantu bawa padah apabila keretanya ditemui hangus tersadai di tepi jalan. Harian Metro melaporkan, suspek membakar kenderaan mangsa di tepi Jalan Senggang, Parit, kelmarin kerana tidak puas hati bapa mentuanya masuk campur pertengkarannya dengan isteri.
Difahamkan, suspek, 41, dan isteri, 34, bertengkar di rumah mangsa, 68, di Tanjung Belanja, Parit. Namun, suspek tidak puas hati apabila mangsa cuba masuk campur dan bertindak keluar dari rumah. Sekitar jam 7 pagi semalam, mangsa menyedari kehilangan Perodua Myvi miliknya yang diparkir di halaman rumah. "Kereta mangsa kemudian ditemui sudah hangus terbakar 100 peratus di lokasi kejadian pada 1.30 tengah hari, hari sama. "Mangsa percaya kereta berkenaan adalah miliknya berikutan terdapat empat sport rim berwarna hijau di tepi jalan yang serupa dengan keretanya," kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso.
Suspek dipercayai melarikan kereta berkenaan sebelum membakarnya memandangkan dia memiliki kunci pendua kenderaan itu selain minyak kapal yang disimpan di tepi garaj juga sudah tiada. "Selepas kejadian itu suspek yang berkerja di Kuantan, Pahang melarikan diri ke bandar itu berjaya ditahan pada 8.15 malam tadi," katanya. Menurut laporan, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk tindakan lanjut dan permohonan reman akan dibuat esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. - CARI
|
Nes3in1 replied at 29-5-2020 04:41 PM
Dekat bebenor dgn kg aruah atok teman.
prizadane replied at 29-5-2020 05:20 PM
mana tu weh? kampung teman kat kampung tua, belanja kiri tu. tapi arwah tok teman ada kedai makan ...
ADVERTISEMENT