Hm, aktif betul Azwan Ali atai Diva AA memaki hamun beberapa individu walaupun sedang meraikan Aidilfitri. Terbaru, dia mengulas mengenai Ketua Armada BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dipecat dari parti. Dalam masa sama, Diva AA dalam ciapannya berkata akan memberi duit raya kepada sesiapa yang tag nama Syed Saddiq. Maka, berlumbalah warganet melakukannya demi duit raya eksklusif daripada Diva AA. Bukan ahli politik saja, golongan artis juga menjadi bahan hencapan Diva AA, semalam. Nampaknya, dia juga tergolong antara yang kurang senang dengan hubungan percintaan Intan Ladyana dan Harris Alif. Malah, dikejinya Harris kerana memilih wanita jauh lebih berusia sebagai kekasih hati. Kasihan pula Intan dihina sedemikian rupa. Sebelum itu, Diva AA memuat naik video bebelan kepada pembantu rumahnya supaya tidak melakukan kejahatan sesama manusia. Video itu dipercayai ditujukan buat kakaknya yang sebelum ini dilaporkan positif Covid-19. "Di atas dunia ni kamu jangan jahat dengan orang. Kamu nak marah orang, marahlah kalau orang tu yang tak betul. "Tapi kalau kamu jahat sama orang, kamu tengok macam serupa itu cela*a mengaku kakak saya," katanya. Diva AA juga menegaskan yang dia tidak mempunyai kakak. "Tapi atas dunia dulu, saya punya kakak memang kurang ajar, jahat dengan orang. Bukan hanya dengan orang, jahat dengan saya. "Kamu tengok 2020 (dia) sudah kena Covid-19. Padan muka dia! Sesuai muka dia," ujarnya. Dia juga sempat berpesan kepada pembantu rumahnya supaya melakukan kebaikan dan jangan menganiaya orang lain. "Kita aniaya orang, Tuhan bayar cash! Tuhan tu maha adil," katanya. - CARI
|
Kurex replied at 29-5-2020 12:12 PM
Masa sri pentas dekat bangsar, iols selalu nampak azwana alia dgn aznila nawawia.. iols akui, azwana ...
miss_strangers replied at 29-5-2020 12:14 PM
Paknil mendiva ke chuols?
miss_strangers replied at 29-5-2020 12:14 PM
Paknil mendiva ke chuols?
seri_mawr replied at 29-5-2020 01:21 PM
hahhaa...paknil klu ada camera baru mesra alam sikit kan..?
ADVERTISEMENT