"Saya sedar ada juga pengikut di media sosial bertindak untuk unfollow saya sejak gambar pertunangan saya dikongsi." Setelah merancang sekian lama, pelakon dan model, Ikmal Amry akhirnya melangsungkan pertunangan dengan
pilihan hatinya, Najla pada Hari Raya ketiga, baru-baru ini Pasangan yang sama cantik sama padan ini merancang untuk bernikah pada Disember tahun ini.
Menerusi temubual bersama portal Gempak, Ikmal kekal positif dan yakin kebanyakan peminatnya gembira melihat hubungan mereka berdua. Tiada istilah saham jatuh apabila membabitkan hubungan peribadi.
"Kalau nak cakap tentang jatuh saham, saya pun dah kerap kongsi gambar
bersama Najla sebelum ini. Apa yang saya lihat, kebanyakan peminat
menerima hubungan kami dengan baik."
Malah, tunangnya Najla pun turut berkongsi gambar mereka berdua di akaun media sosial miliknya dan tiada apa yang berubah pun. Namun begitu, Ikmal turut menyedari ada peminat yang bertindak untuk berhenti mengikutinya (unfollow) di laman sosial selepas berkongsi
foto pertunangan.
"Tak apa, saya terima sebaiknya, lagipun pertunangan dan
perancangan untuk berkahwin adalah satu proses kehidupan manusia. Normal lah tu kan." Rasanya, peminat pun sudah matang dalam menerima setiap berita pertunangan mahupun pernikahan artis pujaan mereka. Jadi, kehilangan beberapa daripada ribuan peminat pastinya tidak akan membantutkan perancangan mereka untuk meneruskan kehidupan berumah tangga kan. Tahniah Ikmal Amry dan Najla. - CARI |
Xim: Apela ko concerned sgt dgn followers....ko nk tunang ke kawen ke proceed le....asalkan ko bkn kawen dgn melvinzzzz sisturzzzz yg hingaq....
Xim replied at 29-5-2020 01:46 AM
Apela ko concerned sgt dgn followers....ko nk tunang ke kawen ke proceed le....asalkan ko bkn kawen ...
samshik replied at 29-5-2020 10:24 AM
Bakal mini lawa.. Ni bkn mamat hat ada bdeo pensel 2b tu jgk kan??
katibism replied at 29-5-2020 10:35 AM
Nampak lubang lobos jugek yer
nazzse replied at 29-5-2020 10:21 AM
Poyolah berlakon pun kayu..tapi tunang dia tu lawa betul
ADVERTISEMENT