"Saya sedar ada juga pengikut di media sosial bertindak untuk unfollow saya sejak gambar pertunangan saya dikongsi."
Setelah merancang sekian lama, pelakon dan model, Ikmal Amry akhirnya melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Najla pada Hari Raya ketiga, baru-baru ini
Pasangan yang sama cantik sama padan ini merancang untuk bernikah pada Disember tahun ini.
Kredit foto: IG
Menerusi temubual bersama portal Gempak, Ikmal kekal positif dan yakin kebanyakan peminatnya gembira melihat hubungan mereka berdua. Tiada istilah saham jatuh apabila membabitkan hubungan peribadi.
"Kalau nak cakap tentang jatuh saham, saya pun dah kerap kongsi gambar bersama Najla sebelum ini. Apa yang saya lihat, kebanyakan peminat menerima hubungan kami dengan baik."
Malah, tunangnya Najla pun turut berkongsi gambar mereka berdua di akaun media sosial miliknya dan tiada apa yang berubah pun.
Kredit foto : IG
Namun begitu, Ikmal turut menyedari ada peminat yang bertindak untuk berhenti mengikutinya (unfollow) di laman sosial selepas berkongsi foto pertunangan.
"Tak apa, saya terima sebaiknya, lagipun pertunangan dan perancangan untuk berkahwin adalah satu proses kehidupan manusia. Normal lah tu kan."
Kredit foto : IG
Rasanya, peminat pun sudah matang dalam menerima setiap berita pertunangan mahupun pernikahan artis pujaan mereka. Jadi, kehilangan beberapa daripada ribuan peminat pastinya tidak akan membantutkan perancangan mereka untuk meneruskan kehidupan berumah tangga kan. Tahniah Ikmal Amry dan Najla. - CARI
|