Industri hiburan India dikejutkan dengan berita aktres bunuh diri akibat tekanan hidup berikutan pandemik Covid-19. HindustanTimes melaporkan, Preksha Mehta membunuh diri pada malam Isnin dan meninggalkan nota yang menyatakan dia tidak boleh hidup dengan 'harapan yang punah'.
Aktres berusia 25 tahun itu ditemui tergantung pada kipas siling rumahnya pada pagi Selasa. Inspektor polis Rajeev Bhadoriya dari Balai Polis Heera Nagar berkata, pihaknya menemui sekeping nota bunuh diri di dalam bilik mangsa yang menyatakan bagaimana dia gagal untuk cuba kekal positif dalam mengharungi krisis pandemik tersebut. "Impian yang hancur telah merosakkan keyakinan diri saya. Saya tidak dapat hidup dengan impian yang sudah mati. Sukar untuk hidup dalam keadaan negatif ini. Saya telah mencuba sejak setahun yang lalu. Saya dah penat," tulis nota itu.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa mengalami kemurungan akibat lockdown yang dilaksanakan negara itu berikutan wabak maut berkenaan. Menurut sepupunya yang tinggal berdekatan, Preksha merupakan seorang yang mempunyai harapan tinggi dalam kehidupan dan karier. Katanya, daripada seorang yang ceria Preksha menjadi pendiam sejak kebelakangan ini. Malah, beberapa jam sebelum dia membunuh diri, Preksha menulis status di Insta Story berbunyi; "Perkara paling buruk adalah apabila impian anda telah mati." - CARI
|
CiliPadiSedap replied at 28-5-2020 08:25 AM
pelakon bhajrangi baijan kejap je dah besar
dua_chzy: Aiol terpaksa google untuk tahu siapa sheol. Pelakon siri drama Crime Patrol rupanya. Takziah buat keluarga.
kukukatablog replied at 1-6-2020 11:47 PM
orang hindu ni percaya kelahiran semula,
so sbb itu agaknya senang, x suka hidup ni, bunuh diri,
n ...
ADVERTISEMENT