CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kata 'No One Left Behind'? Ramai Mengeluh Permohonan BPN Ditolak

11-5-2020 10:40 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 10894| Komen: 119|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Kredit foto: Facebook Malaysia Government Call Centre


Ramai terkejut apabila permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mereka kemukakan untuk membantu meringankan beban kewangan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak diluluskan kerajaan.

Walhal, dari segi kelayakan, mereka sebenarnya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.


Kredit foto: Facebook


Mungkin sebahagian besar pemohon tidak sedar bahawa kerajaan telah membuat pindaan dari segi kriteria kelayakan bagi pembayaran BPN fasa kedua.

Berdasarkan Soalan Lazim Mengenai Pembayaran Fasa Kedua BPN yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 3 Mei lalu, ada empat sebab utama mengapa permohonan ditolak.



Namun, ramai netizen mengeluh kerana kerajaan tidak menguar-uarkan tentang pindaan syarat tersebut secara meluas.

Malah, sebahagian daripada mereka hairan mengapa permohonan ditolak sedangkan mereka sudah lama menganggur selepas diberhentikan kerja.

Ada juga yang kecewa kerana mereka diberikan alasan pendapatan isi rumah melebihi syarat kelayakan sedangkan pendapatan dalam kategori B40 atau M40.

Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan mempertimbangkan semula permohonan yang ditolak supaya rakyat benar-benar layak menerima BPN tidak dicicirkan.


Kredit foto: Facebook

Isu yang dibangkitkan rakyat tersebut turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Loading FB Post...

Mujurlah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pemohon yang gagal dibenarkan membuat rayuan sehingga 31 Mei. - CARI

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 11-5-2020 11:13 AM
tahniah gomen pintu belakang pojaan umah Melayu. Adil telus dan saksama. {:smile
Quote RatuDunia94 11-5-2020 11:14 AM
Yg dah dapat tu plak x payah lah nk post status duit bpn nk guna utk shopping lah beli perabot lah.. phone baru lah.. layak ke ko dpt duit tu utk beli benda2 x penting mcm tu??
Quote Ina8895 11-5-2020 11:20 AM
Huh. Cakap tak serupa bikin. Kalau asal dari PH, masuk PN pun tetap hancing pekat.
Quote manehnya 11-5-2020 11:22 AM
tu la sedih, kata no one left behind,

aku takut dia pasang perangkap ja bila ramai p update,

nk serkap org yg bayar n istihar cukai huhu.. nk istihar guane kalu dh meniaga x masuk
Quote zamnie 11-5-2020 11:23 AM
Tulah.. x dpt punnn
Quote noor2 11-5-2020 11:23 AM
X patutlah. ...kena kotakan apa ug dikata. ...jgn berjanji mcm kerajaan PH dulu tapi x tepati. ...harap yg tercicir tu semua dapat cepat. ...semua yg minta tu mmg memerlukan duit....kalau depa ada duit x apply pun...so kerajaan kena faham. ..
Quote Orix 11-5-2020 11:25 AM
Ina8895: Huh. Cakap tak serupa bikin. Kalau asal dari PH, masuk PN pun tetap hancing pekat.


Apooo ?  Berapa kerat jah yg dr PH, ujong2 umno n PAS yg vavavoooommmmm dlm PN. Hidup Melayu Umno ! Hidup PAS ! Gituhhhhh
Quote noor2 11-5-2020 11:26 AM
RatuDunia94 replied at 11-5-2020 11:14 AM
Yg dah dapat tu plak x payah lah nk post status duit bpn nk guna utk shopping lah beli perabot lah.. ...

Mungkin phone lama dah pecah teruk atau ada masalah...hp tu penting. ...nk beli baru x de duit. ....tekaan kaka la. ..cth nk tukar tayar kereta...sb tayar lama dah botak bahaya. ..tp yg perabot tu rasa mcm x pentinglah. ...tapi mana tahu perabot lama dah rosak teruk...hehe ampon
Quote asudau 11-5-2020 11:27 AM
Lain kali submit efilling tiap2 tahun.
Quote volatile 11-5-2020 11:28 AM
Seperti ada tanda tanda serta harapan besar kerajaan bakal bertukar tangan lagi sebelum PRU15.
Quote capiloton 11-5-2020 11:31 AM
volatile replied at 11-5-2020 11:28 AM
Seperti ada tanda tanda serta harapan besar kerajaan bakal bertukar tangan lagi sebelum PRU15.

mengharap untuk tukar ke Pakatan Haramjadah ker?
Quote ulamalu 11-5-2020 11:33 AM
Sekeliling aku ramai dpt.
Quote volatile 11-5-2020 11:39 AM
capiloton replied at 11-5-2020 11:31 AM
mengharap untuk tukar ke Pakatan Haramjadah ker?

Panglima panglima besar umno/BN masih ramai diluar sana yg sedang dan masih menghidu peluang....you are not discounting them, are you?
Quote famri7 11-5-2020 11:40 AM
Another thread bestnya korang dapat bantuan *sambilkorekcekpit*
Quote RatuDunia94 11-5-2020 12:02 PM
noor2 replied at 11-5-2020 11:26 AM
Mungkin phone lama dah pecah teruk atau ada masalah...hp tu penting. ...nk beli baru x de duit. .. ...

Husnuzonnya cuolssss sah2 yg post status tu pon pakai phone. Elok lg la phone nya tu.. ayat pon guna bahasa ala2 eh rezeki terpija gituh..
Quote anakkerengga 11-5-2020 12:10 PM
Aku ni penjawat awam.. rkn sekerja aku gred gaji dia lbh tinggi dr aku dpt...bos aku pun dpt. aku ni tiap2 bulan byr cukai, tp bila check tiada dlm rekod.. knp ms potong gaji utk cukai ada rekod, tp bila bpn takde rekod. Aku cuba jg buat permohonan semula tp tidak lulus. Aku anggap tiada rezki. Tp yg aku tak puas hati ialah agihan bpn ni tdk telus... org yg gaji dan pgkat lbh tinggi dpt.. org yg golongan pertengahan mcm aku ni tak dpt. aku bukan nak persoalkan sbb aku tak dpt cuma aku tak puas hati knp yg gaji besar pun dpt.. mahu jg org atas sana tolong jelaskan
Quote Kurex 11-5-2020 12:14 PM
capiloton replied at 11-5-2020 11:31 AM
mengharap untuk tukar ke Pakatan Haramjadah ker?


Rajin betul layan boogeez dumb tu
Quote famri7 11-5-2020 12:14 PM
anakkerengga replied at 11-5-2020 04:10 AM
Aku ni penjawat awam.. rkn sekerja aku gred gaji dia lbh tinggi dr aku dpt...bos aku pun dpt. aku ni ...

Lapar duitnya cyst..gaji dua bulan duduk goyang kaki xcukup kah.
Quote capiloton 11-5-2020 12:22 PM
volatile replied at 11-5-2020 11:39 AM
Panglima panglima besar umno/BN masih ramai diluar sana yg sedang dan masih menghidu peluang....yo ...

tak minat aku jadi macai2 politaik demokrasi nih

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.052769 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top