Julai lalu, pelakon yang terkenal menerusi drama Juvana, Johan As’ari pernah mengaku ingin mengakhiri zaman bujangnya dengan status sebagai tunangan orang dan dalam masa yang sama, aktor tersebut juga dilihat semakin rapat dengan penyanyi, Shila Amzah, sehingga timbul spekulasi mengatakan kononnya mereka bercinta. Namun begitu, sewaktu bertemu dengan Johan di malam gala tayangan filem Balada Pencinta di Chatay Cineleisure, Damansara semalam, pelakon ini akui hanya berkawan rapat dengan Shila dan sekaligus menolak dakwaan kononnya mereka menjalinkan hubungan cinta. Saya dan Shila cuma berkawan dan ya kami memang rapat. Tapi sebelum ini saya tak pernah meletak janji pada mana-mana wanita dan saya juga bukan kaki perempuan. Saya pun tak pernah mengaku bercinta dengan mana-mana perempuan sebelum ini. Kalau boleh, saya nak jujur dengan semua orang. Bukan sahaja dengan sesama dia (Shila), malah dengan pihak media dan teman-teman juga. Setakat mana yang kami mengaku dan semua orang tahu, itulah dia. Mengulas lebih lanjut mengenai perancangan pertunangannya itu, Johan akui buat masa ini belum ada sebarang persiapan untuk proses tersebut dan hanya mampu menyerahkan segalanya pada ketentuan takdir. Kita hanya mampu merancang. Saya dah cuba sedaya upaya untuk meletakkan azam untuk bertunang pada penghujung tahun ini. Tapi jika jodoh itu belum sampai, saya terima. Lagipun saya tak nak bercerita panjang dan tokok tambah apa-apa buat masa ini. Apa yang boleh saya cakap, doakan sahaja yang terbaik buat kami. Beralih kepada soal kerjaya, Johan difahamkan bakal terlibat dalam pementasan teater, arahan Erma Fatima sekitar Disember depan. Johan juga bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul, Balada Pencinta yang bakal menemui penonton pada 24 Oktober 2013.
|
p.timur3831 posted on 18-10-2013 01:35 PM
kaki propa btol dia ni..kdg2 dpt rasa yg dia saja kasi cerita yg x btol agar nm dia sentiasa disebut ...
datinmarissa posted on 18-10-2013 03:14 PM
aku terserempak dgn shila isnin lepas and mummy nye kat azura couture...tempah baju tunang! #gossip
...
datinmarissa posted on 18-10-2013 03:14 PM
aku terserempak dgn shila isnin lepas and mummy nye kat azura couture...tempah baju tunang! #gossip
...
wanitajelita posted on 18-10-2013 04:34 PM
Tengok muka pun jenis jantan pemalas & perasan hensem tapi tak hensem pun.. cuma ko bertuah je sb Ma ...
ADVERTISEMENT