Sebelum ini Yatt Hamzah kongsi kisah bayinya, Suci Hawa Zulaikha yang dah tiga kali terjatuh ke lantai walaupun baru berusia tiga bulan.
Kali ini dia terkejut lagi bila melihat anak perempuannya, Medina pula berada dalam keadaan seperti berlumuran darah. Namun lega bila mendapati ia sebanrnya adalah bahan pewarna merah yang mungkin disangka sebagai air sirap. "Bonda pergi tengok adik dia, baby Hawa sekejap je tak sampai dua minit, masuk-masuk dapur tengok Medina sedang gogok pewarna merah nak buat kuih! "Habis satu badan, baju dia, lantai rumah Bonda merah. Dah macam crime scene Ya Allah anak...
"Kan dah kata anak-anak bonda lasak yang amat. Dah macam dracula lepas hisap darah orang pun ada, nangis Bonda tengok!" kongsinya di Instagram.
|
red_velvet replied at 27-4-2020 04:53 PM
Lawak ke sampai nk kena tulis caption panjang2..sempat amik video lg.. bengap..!!!! pewarna makanan ...
ADVERTISEMENT