Kebelakangan ini tular dalam media sosial termasuk Facebook tentang gambar MyKad yang kononnya dimiliki oleh seorang lelaki Rohingya bernama Pang Chee Pin. Perbuatan individu tidak bertanggungwab menyebarkan berita palsu itu telah menimbulkan keresahan dalam kalangan netizen. Mereka mempersoalkan bagaimana seorang lelaki Rohingya boleh menjadi warganegara Malaysia. Sebenarnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana Pang Chee Pin memang seorang rakyat Malaysia berketurunan India. Isu ini telah diperjelaskan melalui laporan mStar pada 28 Februari 2017 berikutan timbul dakwaan oleh pihak tertentu kononnya warga Bangladesh diberi MyKad untuk melayakkan mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Chee Pin yang dilahirkan pada 1983 sebenarnya dijadikan anak angkat oleh keluarga Cina di Segamat Baru, Johor. Dia yang berasal dari keluarga India di Simpang Renggam telah dibesarkan oleh keluarga dan fasih dalam bahasa Mandarin, Hakka dan Kantonis. Bapa angkat Chee Pin telah meminta kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menukar nama India anak angkatnya kepada nama Cina. Chee Pin dijadikan anak angkat oleh keluarga tersebut bagi mengurangkan beban keluarga kandungnya. Semua kisah benar itu dijelaskan oleh sepupu angkat Chee Pin yang hanya mahu dikenali sebagai Susan kepada mStar. Walaupun Akta Antiberita Tidak Benar 2018 telah dimansuhkan, itu tidak bermakna netizen boleh sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan rakyat serta berkemungkinan mengganggu privasi orang lain. - CARI
|
matamata replied at 27-4-2020 01:11 PM
Ada lagi satu nama kalau gatal nak viral sangat.... Nama dia Noor Hisham Abdullah..
harizs replied at 27-4-2020 02:42 PM
di samping isu Rohingya yg kaduk naik junjung (ada beberapa etnik lain juga kaduk naik junjung dgn m ...
harizs replied at 27-4-2020 02:42 PM
di samping isu Rohingya yg kaduk naik junjung (ada beberapa etnik lain juga kaduk naik junjung dgn m ...
ADVERTISEMENT