CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Umur 30an Masih Bawak Watak Remaja - Saharul, Azrel & Zara Zya Dikritik Tak Sedar Diri

27-4-2020 01:17 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 47930| Komen: 452




"Pelakon semua bapak orang. Kat Aswara tu ramai lagi pelakon muka jambu pilih jer kat situ."

Inilah masalah yang melingkari industri lakonan di Malaysia apabila pelakon dewasa melakonkan watak sebagai remaja atau budak sekolah. Hal ini biasanya berlaku untuk drama bersiri yang memerlukan penceritaan karektor sejak dari kecil lagi hingga dewasa. Dan biasanya produksi akan mengekalkan pelakon sama untuk setiap perkembangan watak.


Timbul persoalan, sudah tiadakah pelakon remaja di Malaysia hinggakan watak remaja dan dewasa pun mereka juga yang kaut? Atau pihak produksi yang tiada bajet?


Drama Korban Kasih lakonan Saharul Ridzwan, Azrel, Zara Zya, Umi Nazeera dan Dynas yang sedang ditayangkan di TV1 bukan sahaja dikritik kerana faktor umur yang tidak bersesuaian malahan kaitan antara ibu (lakonan Dynas) kepada mereka juga agak janggal di situ.

Twitter
Bukan itu sahaja, mana mungkin pelajar sekolah memiliki badan sado seperti Saharul Ridzwan? Di sini sudah jelas ketidakpekaan produksi mengendalikan drama ini. Ianya seperti tangkap muat sahaja atau saja nak menjimatkan bajet.

RTM
Maka ramailah yang mengkritik drama tersebut lalu menjadikannya sebagai bahan jenaka.

IG
Hal ini perlu dipandang serius kerana ia semakin menjadi-jadi. Bukan sahaja pelakon 30an yang membawakan watak pelajar sekolah, tetapi pelakon berusia 40an seperti Amyza Aznan pun pernah membawakan watak remaja ini.

IG
Menurut warganet lagi, pemilihan pelakon di luar negara lebih terperinci kerana mereka memilih pelakon yang boleh membawakan kedua-dua fasa umur yang berbeza. Jadi, apa salah kita?

Twitter

Walaupun karya Korban Kasih yang diadaptasi dari novel Fatimah Saidin ini diberi pujian kerana menceritakan kemelut kekeluargaan, namun disebabkan beberapa babak ini, ianya mencacatkan sedikit emosi penonton.

Jadi, diharapkan agar pihak produksi lebih peka di masa akan datang dengan memilih pelakon yang sesuai dengan tahap umur supaya kualiti drama tersebut bukan sahaja berkualiti tetapi juga seronok ditonton sekeluarga. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 27-4-2020 01:20 PM
Producer baik dgn diorng ni so bg job tu.
Quote Kancilkering 27-4-2020 01:21 PM
mental tgk dh macam pegang character anak anak lembam pula....walaupun claim trending...
Quote ais_kosong 27-4-2020 01:25 PM
Bagi aku zaman remaja ambil la budak remaja. Zaman dewasa ambil diorang.
Xyah la nak jimat bajet. Azrel beza setahun dengan dynas. Dynas kena jadi mak.
Quote belilies 27-4-2020 01:28 PM
Hamboi zara. Iols minat je chuols berlakon tp kbelakangn ni xde aura. Ni dlm gbr promo jd muda rumaja napa muka dah mcm baya arbayah?
Quote salmon-suki 27-4-2020 01:29 PM
Y bdn sado2 ni xlayak laa jd budak skolah wehhhh..amek laa y jenis bdn kurus n baby face,bru ok..ni bdn sado besar giler cenggitu jd budak skolah..mcm pelik..
Quote nazzse 27-4-2020 01:30 PM
Nak muntah tengok, dgn jalan cerita tak jelasnya. yg tv3 tu pun sama,bini toksidang over acting.
Quote KIM.K 27-4-2020 01:30 PM
Amik pelakon tak ternama sape nak tengok

Ko rasa berapa umur hero, heroin Crash Landing On You? Aku ingat 25-27 tahun gitu, rupanya hero ngan heroin dah 38-39tahon. Orang ketiga pon amik umo 35 tahun
Itu cerita sesuai huntok gegadis awal 20an yang kuat berangan


Quote doubleA 27-4-2020 01:32 PM
Dynas mak tu tak tahan, sebaya je nampak dengan anak yang dah dewasa tu
Quote beatgirlX 27-4-2020 01:34 PM
Jalan citer ni berkisarkan apa ye?
Pelakon remaja yg ada sapa je utk lelaki?iols x leh nak recall..
Quote jacktothequeen 27-4-2020 01:36 PM
Drama melayu is sampah..stupid dam dam..
Quote chandrahusin 27-4-2020 01:41 PM
baru smlm aku ckp dlm hati
apa hal Abg2 sado ni bdk2 sekolah?
besar bagak msg2
Dynaz nmpak lain sgt

btw.. masa gugel nak cari psl novel aku terjumpa ni
cuma dlm ni mmg dh ada spoiler
klu yang tak suka jgn baca

Korban Kasih karya Fatimah Saidin perlu diadaptasi ke medium Drama
https://mforum1.cari.com.my/foru ... amp;fromuid=1821652
Quote Aunty_Acid 27-4-2020 01:46 PM
Ala citer yg kul 7 kat tb3 tu lg lah retis lelaki tu dh nk masuk 40thn pegang watak rumaja.
Very the kertu hokay. Dh bole jd bapak pd heroin.
Muntah hijo tertgk retis lelaki kertu tu terkinja2 jd rumaje tau

Remaja lanjut usia
Quote timah03 27-4-2020 01:51 PM
Nanti ambil yg muda2... Kata kayu, jiwa emosi semua tak ada....
Ambil yg boleh berlakon ni, senang kerja...jimat bajet and trending.... 2 in 1....gitewww
Quote fliphair8 27-4-2020 01:54 PM
nazzse replied at 27-4-2020 01:30 PM
Nak muntah tengok, dgn jalan cerita tak jelasnya. yg tv3 tu pun sama,bini toksidang over acting.

Ngape cyst kalo berlakon fefeeling pemenang oskar ke hape? So unreal!
Quote ashilalat 27-4-2020 02:02 PM
Lah...drama malaysia mana pernah teliti pon. Umor 40 jd budak skolah, umor 30 jd mak kepada anak umo 30, dalam rumah atas katil nak tido laki bini, bini pakai tudung siap mekap sekati, jadah mendenya drama melayu?
Quote irvene 27-4-2020 02:03 PM
tak sesuai langsung shahrul badan sado. kepala kecik kenampakkan disitu
Quote caca_eric 27-4-2020 02:10 PM
ashilalat replied at 27-4-2020 02:02 PM
Lah...drama malaysia mana pernah teliti pon. Umor 40 jd budak skolah, umor 30 jd mak kepada anak umo ...

Bini pakai tudung pakai shawl tu yg tak tahan.. shawl yg lawa gila berkelip2 buat tido
Patutnya pakai jela skaf yg plain tu.. yg cover leher sekali..
Quote sonatalady 27-4-2020 02:17 PM
Ada satu lg..drama sheila rusly.
Tertgk..masa buka tv..x ingat tv3 kot.
Awat pelakon muda jadi tua sgt2.mekap dia mcm muka org kena penyakit.
Yg aida jebat kot..tp sungguh takut tgk solekan pelakon 40an..jadi muka tua yg menakutkan.

Drama ni x tgk lg..x tau tv mana.
Quote tintin22 27-4-2020 02:19 PM
Novel ni punya la best

Lihat semua komen(452)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.069429 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top