CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Hamil Anak Sulung, Fazura Mengidam Makan Ayam Penyet

25-4-2020 10:50 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 15026| Komen: 73|Original author: Straya

Description: Hamil Anak Sulung, Fazura Mengidam Makan Ayam PenyetBaru sahaja mengumumkan dirinya kini hamil empat bulan, Nur Fazura sudah mula mengidam makanan tertentu sebagai ibu mengandung.Menerusi perkongsian ...

Foto kredit: Marie Claire Malaysia

Pasangan bahagia, Nur Fazura dan Fattah Amin baru mengumumkan yang mereka sedang menanti kelahiran cahaya mata yang pertama pada minggu lepas. Sedang hamil 4 bulan, Fazura nampaknya sudah mula mengidam makanan tertentu seperti yang biasa dilalui ibu mengandung lain.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, Fazura memberitahu yang dia teringin untuk menjamah ayam penyet dan turut meminta pengikutnya mencadangkan lokasi terbaik yang menyediakan makanan itu. 

"Alamak. Teringin nak makan ayam penyet. Di mana yang sedap ye. Boleh cadang kat Faz tak? Esok nak bungkus", tulis Fazura.

Kredit foto: Twitter

Malah, suami tersayang, Fattah Amin turut meminta bantuan daripada netizen untuk memenuhi pemintaan isterinya itu. "Mommy mengidam. Siapa tahu dekat mana nak beli?", soal Fattah.

Kredit foto: The Star

Menerusi ruangan komen, peminat mereka kelihatan begitu teruja dan mencadangkan beberapa tempat yang menyediakan menu ayam penyet yang sedap. Mereka berharap agar permintaan Fazura akan dapat ditunaikan.

Fazura dan Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga 2 tahun lepas dan dijangka akan menyambut kelahiran anak sulung mereka pada hujung tahun ini. 

Moga semua dipermudahkan untuk Fazura dan Fattah sepanjang tempoh kehamilan ini. Yang pasti, peminat mereka sudah tidak sabar untuk melihat anak mereka berdua nanti. - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 25-4-2020 11:20 AM
Jap lg sampai la kat pintu depan.. artis tweet je ckp mengidam.. berduyun fans hantar or penjual2 bg free suruh review.. untung jd retis.. cuba kalau Nooraini Binti Kesum yg ckp mengidam. Kalau lakinya x gerak cari mmg kempunan la..
Quote Kurex 25-4-2020 11:31 AM
Lepas tu reputs siapka cerita fazura idam anak lelaki, fatah nak anak pompuan, fatah yg alami alahan, fatah fazura dah fikirkan nama anak, fazura nak bersalin dalam loji, fatah menunggu hari, fazura tak alami sakit bersalin, fazura tak fikir lagi nak jual anak dalam iklan
Quote diazzaid 25-4-2020 11:33 AM
Kurex replied at 25-4-2020 11:31 AM
Lepas tu reputs siapka cerita fazura idam anak lelaki, fatah nak anak pompuan, fatah yg alami alahan ...

haha! exactly!
Quote KIM.K 25-4-2020 11:37 AM
Psst..hari2 iols cod hayam penyet
Quote no_el 25-4-2020 11:37 AM
RatuDunia94 replied at 25-4-2020 11:20 AM
Jap lg sampai la kat pintu depan.. artis tweet je ckp mengidam.. berduyun fans hantar or penjual2 bg ...

Sian anak pak kesum
Quote slyfynx 25-4-2020 11:38 AM
Yo, perlu ke bukak thread baru.
Bape byk daa thread pasal fazura preggy ni
Quote no_el 25-4-2020 11:38 AM
Kurex replied at 25-4-2020 11:31 AM
Lepas tu reputs siapka cerita fazura idam anak lelaki, fatah nak anak pompuan, fatah yg alami alahan ...

Semua dah siap draf tu   Tinggal nak masuk tarikh n masa je lagi nanti reputs kita
Quote nayzaron77 25-4-2020 11:46 AM
Ni dah lama uols dpt pun dia makan ketinggalan siap bukak benang bagai huhuhu
Quote Ed_Lyn 25-4-2020 11:55 AM
Kurex replied at 25-4-2020 11:31 AM
Lepas tu reputs siapka cerita fazura idam anak lelaki, fatah nak anak pompuan, fatah yg alami alahan ...

Hahah!!!  Betul tu..  
Mcm2 story lagi coming soooonn...  
Quote Ed_Lyn 25-4-2020 11:56 AM
slyfynx replied at 25-4-2020 11:38 AM
Yo, perlu ke bukak thread baru.
Bape byk daa thread pasal fazura preggy ni

Tu lah...  Retisss femess la katakann..  
Quote biozipstar 25-4-2020 12:06 PM
lambat bukak bonang
Quote dudaberhias 25-4-2020 12:13 PM
kan bamtah ada cafe.... takkan tak boleh buat kot walaupun dah bungkus...
Quote sonatalady 25-4-2020 12:13 PM
Hahhaha..komen masing2.
Bertabahlah korang yer..dunianartis kurang berita menyengat masa pkp.
Kita hadap berita..ala2 penghibur hati..penyakit mata.
Hehehhehe
Quote hazada 25-4-2020 12:37 PM
Teringin pulak ayam penyet bila baca ni hish.
Quote minah_selekeh 25-4-2020 01:10 PM
Comelnya mengidam ayam penyet.. Tetiba aku pun nak jugak.. Sedapnya Wang Solo..
Quote aderaderker 25-4-2020 01:36 PM
Ok. Noted.
So dlm 5 bulan ni kena hadap berita mengidam2 ni la kita ya...
Quote fadz84 25-4-2020 01:54 PM
no_el replied at 25-4-2020 11:38 AM
Semua dah siap draf tu   Tinggal nak masuk tarikh n masa je lagi nanti reputs kita

Dh ada template pasal artis beranak.. tukar nama, tarikh, hospital, etc je.. hehe
Quote smeetasmitten 25-4-2020 01:54 PM
Yg sedap
- waroeng penyet
- wong solo
- AP

Yg biashe2
- best
- dapur penyet

Ni pada i la
Quote kiah_mai_pulak 25-4-2020 02:26 PM
RatuDunia94 replied at 25-4-2020 11:20 AM
Jap lg sampai la kat pintu depan.. artis tweet je ckp mengidam.. berduyun fans hantar or penjual2 bg ...

belum lagi Hannah binti Montana ckp nk makan sate, sah2 takda org layan . hahahaha

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.362154 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top