CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Gusar, Ujian Swab Covid-19 Tidak Batalkan Puasa

21-4-2020 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 1531| Komen: 3

Bagi mereka yang bimbang atau keliru dengan hukum ujian swab boleh menyebabkan batal puasa bagi mereka yang menjalaninya, hari ini Jawatankuasa Fatwa Perlu memutuskan ujian tersebut tidak membatalkan puasa.


Memetik laporan Harian Metro, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, kaedah yang digunakan KKM didapati tidak membawa gambaran sebagai makan dan minum.

“Maka puasa individu yang sah secara yakin tidak boleh dianggap batal hanya kerana timbul sesuatu yang syak atau wujud sesuatu andaian.

Kredit foto: Reuters

“Malah alasan memasukkan sesuatu ke al-Jauf (rongga dalam) sebagai sebab pembatalan puasa turut menimbulkan perbezaan pendapat yang luas dalam kalangan ulama mazhab.


“Pandangan yang menguatkan ujian swab tidak membatalkan puasa adalah bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi kerana syarat bagi sesuatu yang masuk ke rongga dalam mestilah bersifat kekal di dalamnya (rongga) serta tidak mempunyai sambungan dengan alatan lain di luar badan,” terangnya.

Malahan katanya lagi, dalam al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami ada menyenaraikan mekanisme perubatan yang tidak menyebabkan puasa terbatal. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 22-4-2020 06:03 AM
Okla xyah risau
Quote Tinot7 22-4-2020 06:46 AM
Ok           
Quote mdhelmi 22-4-2020 11:34 AM
korek hidung pon x batal puasa

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.107963 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top