Ramai ibu hamil mengalami masalah perubahan fizikal dan emosi akibat ketidakstabilan hormon. Mujurlah perubahan tersebut hanya berlaku dalam tempoh kehamilan sahaja dan ianya akan reda selepas kelahiran bayi. Bagaimanapun, apa yang akan anda lakukan jika perubahan fizikal tersebut sangat luar biasa iaitu kulit berkerepot seperti seorang nenek? Itulah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Nor Sahira yang menghadapi masalah kulitnya bengkak, berkedut, hidung membesar dan kulit bertukar menjadi orang tua. Menurut Nor Sahira lagi, perubahan tersebut berlaku pada usia kandungannya tiga bulan dan ia sangat memeritkan kerana terpaksa berhadapan dengan orang ramai yang tidak memahami. "Tak pernah pembawakkan budak seteruk nie. Masa mengandung, hari-hari stress,
nak berdepan dengan orang ramai. Saya cuma mampu senyum, tapi dalam hati,
hancur lebur." Bagaimanapun, penderitaanya berakhir apabila selamat melahirkan bayinya dan kulitnya perlahan-lahan pulih kembali. Malahan, suaminya juga turut memberi sokongan emosi kepadanya supaya tidak mudah putus asa. "Terima kasih pada suami yang sentiasa puji saya cantik, walaupun saya tahu sebaliknya. Dia nak sedapkan hati isteri dia." Perkongsian tersebut mengundang tanda tanya daripada warganet malahan ada yang menyatakan ianya kerana menggunakan aplikasi suntingan gambar. Akan tetapi Sahira menjelaskan yang ianya adalah kerana perubahan hormon sahaja. Walau apa pun perubahan yang dialami oleh wanita hamil, peranan utama untuk menyelamatkan keadaan terletak di bahu suami. Semoga perkongsian ini memberikan hikmah untuk semua pasangan di luar sana. - CARI |
tri-max: pembawakan budak jgn main2 uolssaku pon pernah time ngandung 2nd, tapi takdela terok macam dia niidung kembang, muka gelap, kira mcm takde seri latp ...
ADVERTISEMENT