CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Siapa Makan Quinoa Kadar Zakat Fitrahnya Mahal La Sikit - Ini Perkongsian Ustaz Di Twitter

23-4-2020 11:30 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4445| Komen: 19

Description: Zakat Fitrah Bukan Hanya Berdasarkan Beras Yang Kita Makan, Siapa Makan Quinoa Kadar Zakat Fitrahnya Mahal La Sikit


Beberapa hari sahaja lagi seluruh umat Islam akan mengerjakan rukun Islam yang ketiga iaitu ibadah puasa. Bulan puasa atau bulan Ramadan sangat signifikan dengan kewajipan zakat fitrah.

Tahukah anda bahawa zakat fitrah bukan hanya berdasarkan beras yang kita makan? Menerusi portal rasmi Lembaga Zakat Selangor, kita digalakkan untuk membayar kadar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan.

Ustaz Faisal Rahim seorang amil zakat berpengalaman berkongsi mengenai perkara ini melalui Twitternya. Menurut beliau pada masa kini golongan berkemampuan menggantikan  beras dengan bijirin quinoa atas faktor kesihatan. Maka kadar zakar fitrah adalah berbeza.





Kredit foto: Twitter Faisal Rahim

Zakat fitrah untuk golongan yang makan beras biasa juga berbeza mengikut jenis beras.

Kredit foto: Twitter Faisal Rahim

Namun, menurut Ustaz Faisal, bayaran zakat fitrah akan dilaksanakan secara online pada tahun ini kerana wabak COVID-19. Lagipun kaedah ini lebih selamat dan pantas. 

Cuma, bila bayar secara online, tidak dapat lah bersalam dan didoakan oleh amil. Walaupun bersalam dan doa dari amil bukan syarat sah bayar zakat fitrah, ternyata perbuatan itu kadangkala menyentuh hati pembayar zakat hingga ada yang menitiskan air mata.


Kredit foto: Twitter Faisal Rahim

Kesimpulannya, cara penentuan kadar zakat bukan sekadar pada harga beras yang kita makan. Namun, pembayaran zakat fitrah itu sebagai pembersihan harta kekayaan dari hak-hak fakir miskin. Manakala ibadah puasa merupakan pembersih dari kesia-siaan dan perkataan buruk.- CARI 
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 23-4-2020 11:49 AM
Hahah..memangla. kita bayar zakat beras ikut beras yg kita makan
Sape beras siam, bayar rate beras siam
Sape makan pasta, ikut rate pasta
Quote AbukRokok 23-4-2020 11:50 AM
KIM.K replied at 23-4-2020 11:49 AM
Hahah..memangla. kita bayar zakat beras ikut beras yg kita makan
Sape beras siam, bayar rate beras  ...

alamak...pasta bukan makanan marhaen ke?

Quote KIM.K 23-4-2020 11:55 AM
AbukRokok replied at 23-4-2020 11:50 AM
alamak...pasta bukan makanan marhaen ke?

Idak ler..yang italian tuh dia ikut rega gandom/pasta la kan?

Orang erebb ikut harga apa ek. Sorgum ke
Quote Orix 23-4-2020 11:58 AM
Kalau mcm iols ada mood, bulan ni suka makan mee so makan mee jah sampai dah muak makan roti pulak so makan roti jah, makan nasi, makan roti canai capati tose, so iols sbenanye xde makanan harian... boleh kata dlm setahun 3-4 bulan jah iols makan nasi... so iols kena kumpul resit semua perbelanjaan makanan iols lepastu kira average ke

Kalau yg sepanjang tahun diet x makan nasi byr guna timbangan green tea ke

Lepasni ramai lah yg kedekut x makan sihat semata xnk byr zakat lebih.
Quote natrahn 23-4-2020 11:59 AM
KIM.K replied at 23-4-2020 11:55 AM
Idak ler..yang italian tuh dia ikut rega gandom/pasta la kan?

Orang erebb ikut harga apa ek. S ...

ikut makanan ruji

Di sisi ulama mazhab Imam al-Syafie, pendapat yang paing sahih tentang penentuan kadar dan jenis zakat fitrah adalah mengikut غالب قوت البلد (jenis makanan ruji bagi majoriti penduduk). Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhazzab oleh Imam al-Nawawi (6/132).


https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/785-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-95-zakat-fitrah-bukan-hanya-berdasarkan-beras-yang-kita-makan?fbclid=IwAR1PYS78JUxixhBn0kuQZl6yJJo7dSG8dmEiar0-RcH3dlQHkTVR3zFevq0
Quote Gingerly 23-4-2020 12:10 PM
Quinoa bukan makanan orang kaya harta. Tapi kaya kesedaran. Adakah individu yg kaya kesedaran perlu membayar zakat lebih sprti yg disarankan hanya kerana mempunyai kesedaran  untuk berusaha berbelanja makan quinoa walaupun pada masa yg sama bukanlah kaya harta pun

Ada sstgh pihak makan quinoa n perlu mengurangkan kos belanja makanan harian lain demi kesihatan. Dan jg sbb diet utk penghidap penyakit kronik tertentu.

Ikut la condition setad. Masing2 ada bahagian sendiri., so pandai2lah.
Quote salmon-suki 23-4-2020 12:57 PM
Zakat ikut makanan ruji kan..kalau dah mmg makanan ruji tu beras,bayarlah ikut hrga beras..kalau makanan ruji tu gandum,bayar ikut hrga gandum..why nak susahkn pulak?{:run
Quote belilies 23-4-2020 01:06 PM
Iols makan beras bario jah {:run
Quote ffbeauties 23-4-2020 02:06 PM
Kalau makanan ruji fast food macam mana?
Quote felinecat 23-4-2020 02:26 PM
Gingerly replied at 23-4-2020 12:10 PM
Quinoa bukan makanan orang kaya harta. Tapi kaya kesedaran. Adakah individu yg kaya kesedaran perlu  ...

betul.yg kencing manis darah tinggi makan beras basmathi. bukannye sebab kaya, tp sebab health condition, org2 tua.time muda.makan beras biasa je.
Quote GigaMom 23-4-2020 02:48 PM
Sedap x beeas quinoa ni
Nk try juga
Quote Lailerthee 23-4-2020 08:03 PM
Baru i ols tao ada beza dengan beras yg kita makan
Quote CiliPadiSedap 23-4-2020 08:34 PM
Kaka pernah masak oat dalam rice cooker xjadi nasi pun.geram pulak tengok
Quote damsel_fiji 24-4-2020 07:10 AM
ikut makanan ruji masyarakat umum jah lah ustat oii..why ko kena komplikatedkan perkara yang mudah..duhhh
Quote lattehazelnut 24-4-2020 07:15 AM
Ramai betul ustaz sekarang
Quote Tinot7 24-4-2020 08:44 AM
quinoa ni sedap sgt ke?
japs... nnt nak bayar , depa tanya ke beras apa kita beli?
Quote paz 24-4-2020 09:36 AM
Kenapa cara Paz baca Ustaz ni tulis macam perli orang yang pentingkan kesihatan tu kaya?


Padahal, ada aja orang yang pentingkan kesihatan beli quinoa and dia berjimat tidak beli makanan mengarut/viral. Dan hidup secara bersederhana.
Quote Groovykid 25-4-2020 12:37 AM
Owh baru ku tau
Quote ikanmasin 25-4-2020 01:36 AM
tq lah share,kdg2 org tak bgt kita tak tau..beras ni bgs utk kesihatan ..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.054333 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top