Kredit foto: Trends Map Sudah hampir 2 minggu, penyanyi terkenal Indonesia, Glen Fredly meninggal dunia akibat meningitis. Walaupun masih bersedih, rata-rata masyarakat di Indonesia tertanya apakah agama yang dianuti oleh mendiang Glen Fredly lebih-lebih lagi kerana isteri Glen, Mutia Ayu seorang penganut agama Islam. Menurut laporan dari suara.com, bekas Menteri Agama Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin mendedahkan bahawa mendiang Glen Fredly menganut agama 'kemanusiaan'. Agak pelik dengarnya, namun perkara ini juga disahkan oleh bekas pengurus Glenn Fredly, Adib Hidayat melalui akaun Twitternya. Lukman Hakim kemudian menjawab kenyataan Adib Hidayat itu dengan mengatakan bersyukur kerana ada pihak yang bersetuju dengannya.
Kredit foto: Twitter Lukman Hakim berkata pada suara.com, kemanusiaan adalah menjadi semangat Glenn Fredly dalam muzik dan aktiviti yang dilakukannya. "Karena kemanusiaanlah yang selama ini menjadi spiritnya," kata Lukman. Lukman Hakim. Kredit foto: padangkita.com Lukman juga menyebut bahawa Glen Fredly bukan sahaja pemuzik yang boleh dipercayai, tetapi gigih dalam aktiviti kemanusiaan. Glenn Fredly, kata Lukman lagi, adalah pendamping dan sahabat kaum marjinal (masyarakat minoriti) dan tidak peduli dengan kepelbagaian agama yang menjadi ciri Indonesia, tetapi dia lebih menfokuskan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Lukman Hakim adalah salah seorang tokoh yang kenal rapat dengan mendiang Glenn Fredly. Pada tahun 2018, Lukman dijemput untuk bercakap mengenai muzik di Persidangan Muzik Islam di Ambon. Ketika itu Lukman Hakim, yang masih bertugas sebagai Menteri agama, dijemput khas oleh Glenn Fredly yang berasal dari Ambon. Penyanyi dan komposer, Glenn Fredly meninggal di Hospital Setia Mitra Fatmawati, Jakarta Selatan kerana meningitis. Glenn Fredly meninggalkan seorang isteri yang juga penyanyi dangdut bernama Mutia Ayu dan seorang bayi berusia 40 hari. - CARI |
djzara81 replied at 23-4-2020 10:45 AM
Ramai retis indon mendukung konsep agama kemanusiaan walopon beragama Islam. Sbb tu ade je yg selamb ...
gugunogaga replied at 23-4-2020 11:57 AM
Mula2 baca tajuk ingatkan dia peluk agama islam diam2.. Baru nak ucap Alhamdulillah
ADVERTISEMENT