Demi keluarga Datin Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 34, sanggup mengorbankan kerjaya lakonannya. Meskipun rindu industri seni namun dia kini selesa bergelar usahawan dan sekarang dan lancarkan lima produk.
"Saya tahu sebelum menceburi perniagaan dahulu, memang aktif berlakon kerana ketika itu pun belum berkahwin lagi. Tetapi, sekarang situasi kehidupan saya sudah jauh berubah. "Alhamdulillah, saya dikurniakan Allah SWT seorang suami penyayang dan anak yang ramai. Saya bersyukur dengan nikmat ini dan memilih mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada keluarga. "Tawaran berlakon masih ada, tetapi saya tak boleh terima kerana anak-anak. Apatah lagi, jadual berlakon memerlukan saya memberi komitmen pada tempoh penggambaran yang panjang di lokasi," katanya kepada Harian Metro. Rebecca juga mengakui yang dia tak tahan berjauhan lama dengan anak kerana cepat berasa rindu. "Kalau saya keluar berlakon, sudah pasti masa bersama anak dan keluarga tak banyak. Saya tidak mahu keluar bekerja anak masih tidur dan balik dari kerja pula anak sudah tidur. "Lagipun, masa yang berlalu takkan dapat diulang kembali. Saya tidak bersedia untuk terlepas setiap memori dan kenangan indah melihat anak membesar depan mata. "Sebagai ibu yang melahirkan, walaupun ada pembantu rumah yang menolong uruskan anak-anak, saya tidak boleh lepas tangan. Anak-anak tetap mencari dan perlukan saya untuk ada masa bersama-sama mereka," tambahnya.
Dalam masa yang sama, suaminya, Datuk Nur Azam Sulaiman tak pernah menghalang jika dia mahu kembali aktif dalam kerjaya seni. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|