CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Thermomix Meletup, Wanita Cedera Kebakaran Tahap Kedua

17-4-2020 10:30 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 17164| Komen: 130|Original author: Oleh: Ct Cheery

Baru-baru ini, di Malaysia tular mengenai satu mesin memasak mewah yang dinamakan Thermomix. Harga mesin ini bernilai hampir RM 7,188 sebiji dan dipercayai mampu menyediakan pelbagai jenis masakan dengan mudah dan pantas. 


Mesin yang dikatakan berfungsi semudah menekan butang dan siap, telah menjadi kegilaan para isteri tidak kira bekerja atau suri rumah.



Foto: Dailymakan


Namun, secanggih mana pun mesin Thermomix tersebut, satu insiden mengejutkan telah berlaku pada 2016 yang telah dikongsikan pengguna Facebook John Mohamed.



Loading FB Post...


Pada Januari 2016, seorang wanita di Perth, Danika Jones mengalami luka terbakar tahap dua di dada, lengan dan perut. 


Menurut Danika, ketika dia sedang memasak sos pasta menggunakan Thermomix model TM31, mesin mewah itu mengeluarkan bunyi pelik dan bergetar.  Penutupnya tiba-tiba terbuka dengan sendiri dan sos pasta yang panas terpercik ke seluruh bahagian atas tubuhnya.



 Foto: Facebook John Mohamed


Syarikat Thermomix itu kemudian didenda sebanyak ASD4.6 juta pada 2018 dan disabitkan bersalah kerana tidak bertindak segera dalam menyebarkan penyelenggaraan dan langkah-langkah keselamatannya.


Antara langkah Keselamatan yang perlu ditekankan oleh pihak Thermomix model TM31 adalah: 

1. 'Rubber Seal' perlu diselenggara setiap 2 tahun.

2. 'Rubber Seal' tidak ditutup/dipakai semasa memasak.

3. Tidak boleh memasak melebihi had (contoh, masuk banyak sampai tak muat)

4. Tunggu bunyi 'beep' menandakan masakan telah siap dan selamat dibuka.


Walaupun produk Thermomix tersebut telah mengundang bahaya pada pengguna, namun produk itu tidak ditarik balik di Australia, sebaliknya syarikat berkenaan telah mengeluarkan dua model terbaru iaitu TM5 dan TM6 yang telah ditambah ciri-ciri keselamatan, seperti:

1. Jika barang masakan melebihi had yang dibenarkan, mesin akan mengeluarkan signal lebih had.

2. 'Rubber Seal' tidak boleh dikeluarkan dan lekat terus supaya lebih selamat.

3. Thermomix akan 'lock' selagi unit itu panas.


Peningkatan ciri-ciri keselamatan oleh syarikat telah berjaya meyakinkan seluruh dunia dan setakat ini tiada sebarang laporan berkenaan model TM5 dan TM6 meletup mahupun terbakar. - CARI

1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 17-4-2020 10:31 AM
aku pakai je kuali mcm biasa
lg senang n puas hati
Quote little_sis 17-4-2020 10:32 AM
thermomix ni dah lama ada rupanya.. aku dgr psl benda ni baru2 ni je.. tak mampu nak beli pun..
Quote Catpaw 17-4-2020 10:37 AM
Mahalnya....
Quote polluxsstar 17-4-2020 10:44 AM
Benda ni baru masuk Malaysia ke? Iols pun baru tahu. X berminat. Pengukus elektrik yg ada pun x setiap hari guna.
Quote misc 17-4-2020 10:45 AM
Mahal nau. Tunggu harga turun sampai 150 baru aku beli.
Quote sarah82 17-4-2020 10:47 AM
Luar kemampuan aku.. Dpt beli tafel pun aku dah habis hati keriangan dah
Quote shernazz 17-4-2020 10:47 AM
Kalau duit lebih apa salahnya
Quote missyL 17-4-2020 10:47 AM
Mahaal nye la hai. Tp masak nye x sedap jgk cmne lol  . Iols pakai kuali ikea murah je. Janji selamat x meletup makanan sedap. Tp klo mampu beli xslh kan. Yg penting ikut arahan penggunaan.
Quote CiliPadiSedap 17-4-2020 10:55 AM
habis dapur jadi wallpaper
Quote sh00 17-4-2020 10:55 AM
Teringin nak beli..memudahkan keje..tapi mahal..belum mampu lg
Quote qicki 17-4-2020 10:56 AM
bende mcm ni leceh la nak selenggara....serupa pressure cooker....tu pun bahaya jugak.....disebalik kemudahan terselit kebahayaan
Quote rosa_canina 17-4-2020 11:01 AM
kalo periuk noxxa tu tak sama ekk..

blh masak mcm2 jgk rasanya  

yg ni lg advance la kot
Quote mejaputih 17-4-2020 11:06 AM
x best pun masak guna ni...
lgpun still nak kena kupas bawang..
Quote barfi 17-4-2020 11:09 AM
sarah82: Luar kemampuan aku.. Dpt beli tafel pun aku dah habis hati keriangan dah



Taktau kenapa.. iols ni selalu paranoid.. kalau tgh masak atas dapur tu tetiba terpikir gas meletup ke apa. Waliya’udzubillah
Quote bebah 17-4-2020 11:10 AM
mahal nya...tgu la dapat doyan runtuh baru leh beli ni..
Quote tungkai 17-4-2020 11:13 AM
Ada nampak demo last year. Nampak gempak siap ada 50K++ menu cuma harga dia hampir2 buat cirit air lah...

On the other side, bagi aku tak praktikal sebab katalah 1 menu amik masa dalam setengah jam. Kalau nak buat 3 menu so total 1.5 jam. Tak masuk nak prepare bahan2 lagi. Agaknya kena beli 2 unit la kot kalau nak reduce masa kat dapur tu...
Quote yuki812 17-4-2020 11:14 AM
suka masak guna kuali periuk apa sume..
time naik angin g sental periuk kuali pon tahan lagi..
jatuh apa sume kalau kemek..pun still leh guna lagi..
periuk belanga melayang..no hal..

biasa periuk2 berkualiti ni nak kena basuh soft2..
kena jaga elok2 lah apa sume..
kalau isirumah ramai..rasa tak sesuai masak banyak..
plus takde feel dok goreng2 nak  bergoyang inul bagai kat dapur...
Quote Artemesiaa 17-4-2020 11:15 AM
Nasib tak minat nak beli benda2 macam ni.  Benda macam ni kalau tak diselengara dengan betul boleh mendatangkan bahaya juga.
Quote babyhubby85 17-4-2020 11:27 AM
mejaputih replied at 17-4-2020 11:06 AM
x best pun masak guna ni...
lgpun still nak kena kupas bawang..

Aku tgk kat ig mana ntah boleh kupaih bawang putih je, bawang merah ko kupas la sendiri.. And plus i thought this thing can baked too, but nooo have tu use oven juga so ya not interested

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.050548 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top