Wabak COVID-19 masih menular hampir seluruh dunia. Negara China pula melaporkan 89 kes COVID-19 baharu pada 13 April lalu. Sementara itu, salah sebuah pasar basah yang menjual haiwan liar di China kini kembali beroperasi seperti biasa. Dikatakan, beratus-ratus kelawar dan pelbagai jenis haiwan liar dipotong dan dijual secara terbuka. Mereka seolah-olah langsung tidak mengambil iktibar dari musibah yang berlaku!
Maka, untuk menyelamatkan dan juga melindungi hidupan serta nyawa penduduk dunia, pertubuhan AHWF ini juga mewujudkan satu petisyen bagi menggesa pasar-pasar seperti ini ditutup kembali. Yang pasti, kejadian ini memberikan tanggapan kurang senang pengguna Facebook lain. Mereka juga menyeru dan berharap agar China dan penduduknya kembali rasional dengan memikirkan keselamatan dunia yang masih berjuang menangani wabak maut ini. Menjijikkan dan tidak berperikemanusiaan. - CARI
|
Akumagoukioni replied at 16-4-2020 09:23 AM
Hai sblm nie CCP kata mereka akan haramkan pemerdagangan hidupan liar
ADVERTISEMENT