Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, hanya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diberi keutamaan hadir ke sekolah selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau menjelaskan bahawa pelajar bagaimanapun perlu mematuhi garis panduan ditetapkan iaitu mengutamakan penjarakan sosial. “Bila sekolah dibuka, (kemasukan) terhad kepada Tingkatan Lima dan Enam Atas saja," katanya pada sidang media, hari ini. Sementara itu, tarikh SPM dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan ditunda kepada suku pertama tahun depan. Manakala, peperiksaan Semester 2 ditunda pada Ogos ini dan peperiksaan Semester 3 pada suku pertama tahun depan. Selain itu, peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga akan diadakan pada suku pertama tahun depan.
“Menyedari penundaan tarikh peperiksaan ini akan memberi kesan kepada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju menangguhkan tarikh kemasukan baru ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat diploma sehingga Julai atau Ogos 2021, manakala program ijazah pada September atau Oktober 2021,” katanya. - CARI
|
jetrofa replied at 15-4-2020 06:15 PM
Anggap je la tahun 2020 tak ujud langsung...
aijinmisaki replied at 15-4-2020 05:38 PM
Habis la budak yang amik spm tahun nI amik spm lambat masuk U pun lambat
scorpionkiki replied at 15-4-2020 08:20 PM
Ka depa masuk sekali dgn yg spm 2019
ADVERTISEMENT