CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerja Gila Nelayan Thailand Nak Lepas Sekatan PKP

16-4-2020 11:00 AM| Diterbitkan: azliadlan| Dilihat: 2790| Komen: 11|Original author: Oleh: Ceteria Hukama

Gambar hiasan
Kredit foto: bgr.com

Seorang nelayan warga Thailand yang terkandas di Malaysia selama kira-kira tiga minggu nekad berenang untuk pulang ke negara asal.
 
Sebelum itu, dia terkandas di negara ini berikutan penutupan pusat pemeriksaan imigresen di sempadan Malaysia-Thailand sejak 23 Mac lalu.
 
Menurut Bernama, Inspektor Polis Marin Satun, Leftenan Kolonel Banjerd Manavej berkata, sebelum berenang, lelaki berusia 45 tahun itu berjalan kaki selama dua hari ke sebuah terusan selebar kira-kira 100 meter yang terletak di sempadan Perlis - Satun.


Kredit foto: My Info Kini


"Dia yang berasal dari Pinam, Muang yang terletak di Satun, selatan Thailand nekad berenang untuk menyeberangi terusan tersebut.
 
"Begitupun, arus deras telah menghanyutkan lelaki berkenaan jauh ke laut sebelum diselamatkan Polis Marin Thailand di pantai Puyu subdaerah Satun," katanya ketika dihubungi Bernama.

Banjerd Manavej berkata, sewaktu ditemui, nelayan terbabit berada dalam keadaan kepenatan namun gembira melihat kelibat anggota polis dan penduduk kampung.

Tambahnya, lelaki itu kemudiannya dibawa ke hospital terdekat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, seterusnya dikurantin selama 14 hari.


Kredit foto: The Star

"Sewaktu ditanya, nelayan itu memberitahu dia nekad berenang pulang ke negara asal kerana terlalu rindu pada keluarga. Pada masa sama, dia juga tidak pasti tarikh tepat pusat pemeriksaan imigresen di sempadan kedua-dua negara akan dibuka semula," katanya. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 16-4-2020 11:05 AM
Sanggup berenang ambik risiko..
Quote sambaldurian 16-4-2020 11:05 AM
eh bkn boleh je ke balik ke negara masing2, asalkan dpt pengesahan doktor. ke x bawak dokumen. abes dia berenang tu dgn dokumen2 sekali je dia berenang.
Quote Peterpan17 16-4-2020 11:08 AM
sambaldurian replied at 16-4-2020 11:05 AM
eh bkn boleh je ke balik ke negara masing2, asalkan dpt pengesahan doktor. ke x bawak dokumen. abes  ...

Dia msk Msia kosong kot, tak guna proper dokumen
Quote CiliPadiSedap 16-4-2020 11:17 AM
berenang kuak lentang atau kuak bubble tea?
Quote azie5zoe 16-4-2020 03:48 PM
CiliPadiSedap replied at 16-4-2020 11:17 AM
berenang kuak lentang atau kuak bubble tea?

kuak bubble tea tu macam mana?
Quote Boomibulat 16-4-2020 05:27 PM
Bahaya berenang..x takut kena gigit ketam ke..
Quote slavehunter 16-4-2020 05:29 PM
Sabor la brader kalau rindu keluarga pun. Nasib baik tak lemas.
Quote puteribaya 16-4-2020 05:32 PM
Boomibulat replied at 16-4-2020 05:27 PM
Bahaya berenang..x takut kena gigit ketam ke..

ketam gigit ke? buka sepit je ke
Quote Tinot7 16-4-2020 08:08 PM
Kalau tanak cepat penat, berenang breaststroke.
Tapi iols rase baik minta kedutaan hantar balik je la.
Quote biozipstar 18-4-2020 10:25 PM
syukur selamat tauuuuuu
Quote acik79 19-4-2020 03:13 AM
Kerja gile la ni

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.455259 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top