Myvi dipandu wanita terbabas hingga merempuh Balai Polis Ketereh, Kota Bharu, semalam. Sinar Harian melaporkan, kejadian 10.15 pagi itu menyebabkan seorang pesara tentera, Anuar Ismail, 49, yang sedang berurusan di situ cedera di muka dan patah hidung.
Difahamkan, pemandu Perodua MyVi berusia 55 tahun itu memandu dari arah Jalan Serendah menghala ke Kok Lanas sebelum tertekan pedal minyak ketika membelok di lampu isyarat. "Wanita itu berhenti di persimpangan lampu isyarat Ketereh berhadapan Balai Polis Ketereh. Ketika lampu bertukar hijau dia meneruskan perjalanan untuk membelok kanan dan dipercayai tertekan pedal minyak hingga melanggar sebuah kereta di hadapan. “Pelanggaran itu menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh Balai Polis Ketereh serta mangsa yang berada di balai itu,” kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan. Insiden itu menyebabkan kerosakan pada pintu utama balai, garaj, kaunter pertanyaan, peralatan pejabat termasuk komputer, meja dan kerusi. “Laporan polis dibuat dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - CARI
|
pyropura replied at 6-4-2020 04:51 PM
Kalau selet yg langgau berbakul lah kena tuduh mabok
mejaputih replied at 6-4-2020 05:12 PM
terlebih panik acik ni...terus tatau mana satu pedal minyak, mana satu pedal break.
ADVERTISEMENT