CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ganti Polis Dengan Komando Kerana Rakyat Banyak Songeh - Teo Kok Seong

7-4-2020 09:30 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 6616| Komen: 59|Original author: Oleh: Straya

Description: Kebelakangan ini, semakin banyak pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan segelintir rakyat Malaysia. Trend ini menunjukkan sikap rakyat mementingkan diri sendiri.

Kredit foto: My Malay News

Kebelakangan ini, semakin banyak pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan segelintir rakyat Malaysia. Trend ini menunjukkan sikap rakyat  mementingkan diri sendiri.

Keadaan ini diburukkan lagi apabila tindakan tegas anggota polis yang didakwa menengking dan merotan individu yang degil ketika PKP dipersoalkan dan disiasat.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Fellow Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, beliau kecewa dengan sikap rakyat ketika ini. 

Perkara ini sangat membimbangkan kerana Malaysia memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk membendung wabak Covid-19.

Menurutnya, mereka yang melanggar PKP seperti orang hilang akal dan mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan keselamatan majoriti rakyat lain.

"Kerajaan melaksanakan PKP bersebab untuk membendung penularan wabak yang bahaya. Itu pun bukan tidak boleh keluar langsung, tetapi jika ada keperluan. Jadi, mengapa tidak boleh bekerjasama? 

"Saya dapati rakyat Malaysia sudah hilang norma-norma hidup bermasyarakat, sebaliknya menjadi individu yang terlalu pentingkan diri sendiri," katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau turut kecewa dan sedih apabila ada anggota polis disiasat kerana bertindak tegas terhadap rakyat yang mengingkari arahan.

"Kalau arahan polis yang menjaga keamanan negara pun tak mahu dengar, apa nak jadi? Saya juga amat sedih apabila ada anggota polis yang bertindak tegas pula disiasat. Ini satu isyarat yang tidak betul kepada masyarakat. Saya harap perkara ini dilihat semula secara berhati-hati. Kalau isu ini silap ditangani, rakyat Malaysia semakin banyak songeh," tegasnya.


.

Kredit foto: mypt3.com


Lantaran itu, Teo mencadangkan agar kerajaan menempatkan lebih ramai tentera komando sebagai barisan hadapan dalam mengawasi pergerakan rakyat.

Ia bukan untuk menafikan peranan polis, tetapi mengajar rakyat supaya lebih berdisiplin dan menghormati arahan kerajaan terutama ketika situasi getir seperti sekarang ini.

"Pada saya kalau dengan meletakkan askar dapat mendisiplin rakyat daripada bergerak, sekali gus dapat membendung penularan wabak ini, tidak ada salah kerajaan menempatkan askar-askar komando," tambahnya.

Satu cadangan yang patut diambil perhatian oleh kerajaan. Penempatan komando mungkin boleh menimbulkan perasaan 'gerun' orang ramai untuk meningkari arahan PKP dan sekaligus membantu penularan wabak Covid-19 ini. - CARI

2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 5-4-2020 09:59 AM
Setuju! Tembak mati terus pun lagi bagus. Kita tak perlukan manusia2 bodoh yang selfish kat negara ni
Quote sarah82 5-4-2020 09:59 AM
Tak payah laaaaaaaa.. Karang payah citer karang.
Quote highcastle 5-4-2020 10:07 AM
adoi yay......... Kat C.I. ni pun cukup lah........... Kena pkp duk rumah pun dah mengamuk bukak thread pasai apa kena duk rumah......
Quote Artemesiaa 5-4-2020 10:12 AM
Rasanya dah cukup dengan polis dan askar yang dah tempatkan untuk mengawal pergerakan.  Lagi pun bukan semuanya berdegil dan tak ikut arahan.  Hanya disesetengah kawasan je yang masih ada jenis yang degil ini bukan diseluruh kawasan pun.
Quote tipuware 5-4-2020 10:21 AM
Pakcik aku bekas komando. Dlu masa dia masih berkhidmat, time raya tak de sapa berani nak Salam dia pasal takut. Kena paksa salam pun, nangis2 takut. Tapi isteri dia masyaallah lemah lembut giler. Kalau time raya, kitorang main kat parit seberang jalan , dia jerit dr dapur, terkangkang semua mencicit balik rumah.

So yes. Komando agak extreme. Kita kasi peluang askar dulu handle. Tapi kalau penduduk high class, seeloknya komando
Quote asma87 5-4-2020 10:24 AM
tipuware replied at 5-4-2020 10:21 AM
Pakcik aku bekas komando. Dlu masa dia masih berkhidmat, time raya tak de sapa berani nak Salam dia  ...

Ko jangan....Kang penduduk high class so called urban ni pi viralkan keganasan komando mesia pulak kat obersii nun... playvictim kan berpisah tiada dgn puak deme ni...contoh dolu kalerr dah aderr...Dewa waythamoooorthyy dah lamer buat tauuu
Quote misuke 5-4-2020 10:34 AM
tipuware replied at 5-4-2020 10:21 AM
Pakcik aku bekas komando. Dlu masa dia masih berkhidmat, time raya tak de sapa berani nak Salam dia  ...

hahaha.... memang yang kental n hati batu le sapa nk jadi komando ni kan
Quote Catpaw 5-4-2020 10:36 AM
Eh, tak payahla turunkan komando... askar bamtu pun dah cukup, elok kuat kuasa undang2 je... yg kata nak bagi kebenaran polis merotan tu bila? dah tegur tak dengar baru la ambik tindakan...
Quote insulin 5-4-2020 10:41 AM
Setiap polis patut ada perakam video Dan suara di baju. Senang sikit supaya ada bukti orang yang melanggar arahan. Nak tibai dengan besi ke atau denda nilai Wang yang tinggi pun xde masalah.
Quote orgsepang 5-4-2020 10:43 AM
insulin replied at 5-4-2020 10:41 AM
Setiap polis patut ada perakam video Dan suara di baju. Senang sikit supaya ada bukti orang yang mel ...

Setuju sangat. Dapat orang macam iamph dan kawan dia tong tu memang menyusahkan.
Quote Grose 5-4-2020 10:46 AM
exhausting your resources than anything else.
Quote harizs 5-4-2020 10:46 AM
highcastle replied at 5-4-2020 10:07 AM
adoi yay......... Kat C.I. ni pun cukup lah........... Kena pkp duk rumah pun dah mengamuk bukak thr ...

dekat 10 thread dia bukak kenapa dia tak boleh keluar rumah
Quote zacks 5-4-2020 10:47 AM
Sepatutnya pulis & askar gi bantai mana2 orang awam yg ingkar arahan PKP ni.

Biarla depa nak viral kat obersii nanti apa outcome dia?

Kita nak tunjuk ajar kat mana2 yg ingkar arahan tu supaya patuh.

Naik lemak pulak geng2 ni.
Tabuh sat lg baru tau
Quote glump 5-4-2020 10:47 AM
Masalah pkp kita,kita ada banyak alasan untuk boleh keluar rumah ..beli barang 5 -6 kedai hari2 keluar,tiada.masalah..so ada yg beli brg sikit2 utk alasan keluar byk kali.
Kedai makan bukak. Kita boleh kuar tapau,Cod,or rider antar.klau kedai makan tutup,semua cod,kuar tapau tiada.bilangan keluar rumah terus turun.
Walau kedai lain2 tutup,biz online.masih berlaku,sesiapa pun boleh kuar untuk COD atau pi pjbt courier svs. So boleh keluar. Lagi yg dtg pi unah pelanggan potong rambut,bekam,repair kereta etc..so kita masih lagi bergerak.
Biz yg terlibat dalam operasi rantaian makanan masih berjalan.petani pun masih keluar sawit..etc
So berapa ramai yg betul2 dok rumah kalau awareness rendah . Tu semua cari alasan keluar kan.bukan degil tapi ada kelonggaran.
Kalau nak harap polis atau sapa pun berkawal ..payah kot.
Quote insulin 5-4-2020 10:49 AM
orgsepang replied at 5-4-2020 10:43 AM
Setuju sangat. Dapat orang macam iamph dan kawan dia tong tu memang menyusahkan.


Ini yang polis US laksanakan. Kereta peronda pun ada perakam video. Segala detik mesti dirakamkan.
Quote harizs 5-4-2020 10:49 AM
Megikari replied at 5-4-2020 09:59 AM
Setuju! Tembak mati terus pun lagi bagus. Kita tak perlukan manusia2 bodoh yang selfish kat negara n ...

degil tak degil manusia ni sampai krjn terpaksa pasang kawat berduri keliling kondo orang kaya yg kena kuarantin kat jalan Dang Wangi tu.  masih ada yg menyelit keluar senyap2.   punya la degil nak mampos
Quote im4me 5-4-2020 10:54 AM
Tak setuju langsung,,,sebab mereka ini harta paling berharga kemampuan mereka dlm atur gerak cepat amat penting, terpaksa rehatkan mereka dlm misi PKP.  Kalau kena covid nanti kecoh macam Amerika.

Boleh tambahkan aset Gembita  sebagai amaran keras kerana dari penglihatan fizikal iyanya dapat menakutkan juga. Kekuatan sekarang boleh ditambah dgn tambahan 15% lagi anggota ATM dari cabang  yang bukan elit, ini  boleh meringankan lagi tugasan akibat bebanan kerja yang berlebihan.

Sila jangan salah anggap kesemua anggota ATM/PDRM itu penting cuma saya hanya beri pendapat tektikal.

Quote Al-Patih 5-4-2020 11:34 AM
Keadaan ini diburukkan lagi apabila tindakan-tindakan tegas oleh polis yang didakwa menengking dan merotan individu-individu yang ingkar PKP dipersoalkan dan disiasat.Buat

Buat pekak je PDRM....yg ingkar......rotan je....

Quote shi_jewel 5-4-2020 11:51 AM
pdrm harus gunakan kekasaran kalau berhadapan dgn org2 tak dgr arahan.

abis tu, takkan pdrm nak buat suara doremon utk menegur org yg tak dpt diajar mcm dsn habaq kt fb dia.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.055512 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top