View: 5991|Reply: 74
|
[Tempatan]
Myvi rempuh balai polis
[Copy link]
|
|
AKIBAT tersilap tekan pedal minyak, kereta dipandu seorang wanita merempuh Balai Polis Ketereh, Kota Bharu, pagi tadi.
Kejadian 10.15 pagi itu juga mengakibatkan seorang lelaki yang ingin berurusan di balai polis itu patah tulang hidung dan cedera di muka.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh wanita berusia 55 tahun itu dari Kampung Pasir dan ingin ke Kok Lanas.
Beliau berkata, ketika tiba di lampu isyarat dan ingin meneruskan perjalanan, dia tertekan pedal minyak sebelum terlanggar sebuah kereta di hadapan dan kemudiannya merempuh balai polis.
"Kenderaan itu juga turut terlanggar seorang lelaki yang ingin berurusan di kaunter menyebabkan mangsa yang berusia 49 tahun cedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, banyak kerosakan berlaku membabitkan kaunter, bahagian hadapan balai dan peralatan komputer.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, adik mangsa, Afendi Ismail, 40, berkata dia menerima panggilan telefon dari abangnya, Anuar Ismail yang memberitahu dia dilanggar kereta di dalam balai polis berkenaan.
Dia berkata, abangnya yang juga pesara tentera ke balai polis itu bertujuan mendapatkan surat pelepasan untuk pulang sementara ke Bentong, Pahang bagi melihat keadaan rumahnya di sana.
"Dalam keadaan kesakitan, dia masih mampu menelefon saya menyuruh agar segera ke balai polis kerana dia dilanggar kereta.
"Sebaik sampai, saya terkejut melihat ramai orang termasuk anggota bomba hadir ke lokasi dan lebih terperanjat dengan keadaan balai polis yang teruk akibat rempuhan.
"Abang dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans dan selepas dibuat imbasan sebentar tadi, doktor mengesahkan tulang hidungnya patah dan menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya sambil mengucapkan syukur kerana abangnya sempat mengelak dan hanya terjatuh akibat terlanggar cermin sisi kenderaan itu sahaja.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2020 @ 3:19 PM |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalo kes camni kompom lady driver
Seriously aku hairan kalo dah tertekan kenape tekan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sharlenetexas at 6-4-2020 03:44 PM
Balai polis tepi jalan dekat dgn lampu isyarat. Langgar kereta lain dulu. Rempuh pagar dulu ke pastu rempuh balai polis kat dalam. Ke tersilap tekan terus rempuh masuk balai polis? |
|
|
|
|
|
|
|
semoga semua tak da cedera teruk...
acik driver tu terus sambung buat report la...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Hadoi ler kak satu hal nak kena menjawab dengan abam polis siap pakej terlangar orang sama |
|
|
|
|
|
|
|
Camna bawa kereta ni... kau tekan minyak sampai habis ke kat simpang.... harus disaman... |
|
|
|
|
|
|
|
Kwn i ada sorang pakai myvi dan btol la bwk kete pon mcm babi nk beranak habis dirempuh semua |
|
|
|
|
|
|
|
main fon kat trafic light ke apa makcik tu
kete autoo la tu |
|
|
|
|
|
|
|
adui.. acik ni kena amik lesen skali lagi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam manalah dah langgar kereta lain terus juga tekan minyak. Mimpi ngeri ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku takleh brain cemana makcik ni langgar balai tu. Balai tu sebelah kiri selepas trafik light kalau dia dari kota bharu, mesti makcik tu lps langgar dia tekan lagi pedal minyak sambil pusing stereng sbb tu sampai dlm balai dia pegi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau selet yg langgau berbakul lah kena tuduh mabok |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-4-2020 04:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Yang kesian laki kat kaunter balai.. Tak pasal kena langgar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak ai punya la jauh tekan pedal minyak. Dari tiang lampu masuk balai terus ke lobi |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 6-4-2020 04:51 PM
Kalau selet yg langgau berbakul lah kena tuduh mabok
Sudah tentu. Perubatan tu dah sebati dengan mereka, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
terhinggap penyakit mybi..
bawa kete tekan minyak mcm F1 di simpang traffic light.. |
|
|
|
|
|
|
|
terlebih panik acik ni...terus tatau mana satu pedal minyak, mana satu pedal break. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 6-4-2020 05:12 PM
terlebih panik acik ni...terus tatau mana satu pedal minyak, mana satu pedal break.
Minda dah blank dek kerana kelam-kabut. |
|
|
|
|
|
|
|
why Myvi?
aku mmg bagi jalan je klu selisih dgn Myvi
kebanyakan diorg pya drive lain mcm |
|
|
|
|
|
|
| |
|