CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siapa Yang Mula Guna Perkataan 'Kaki Pukul'? Tuju K-Clique Buat Laporan Polis

3-4-2020 12:00 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7479| Komen: 29|Original author: Oleh: LilRose

Enggan terus difitnah sebagai kaki pukul, Tuju K-Clique bertindak membuat laporan polis, lapor Harian Metro.

Dalam satu kenyataan, Tuju atau Muhammad Azree Shah Awang Zamri, 24, bagaimanapun tidak mendedahkan isi laporan dan individu yang dilaporkan.



Kredit foto: IG

“Saya tidak mahu memberi komen lanjut supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk. Bagaimanapun, sebagai seorang yang dikenali dalam industri hiburan tanah air, saya perlu memberi respon terhadap isu itu dan meminta jasa baik semua supaya bersikap rasional terhadap apa yang terjadi.

“Untuk makluman, pada hari ini juga (kelmarin), satu laporan polis sudah dibuat untuk menyiasat beberapa status dimuat naik di media sosial yang berbaur fitnah dan mengaibkan nama saya. Saya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kebenaran dan mendoakan agar segala kesulitan dipermudahkan,” katanya dipetik Harian Metro.


Dalam masa sama, tuju memohon ampun dan maaf kepada semua pihak terutama media dan rakan yang cuba menghubunginya bagi mendapatkan kepastian kerana tidak dapat memberikan respons atas sebab tertentu.



Jelasnya, buat masa ini dia hanya menumpukan perhatian pada karier nya yang kini dalam proses menghasilkan album solo dan juga lagu bersama K-Clique.

Tuju juga mengambil kesempatan menyahut seruan kerajaan supaya duduk di rumah dengan menghasilkan lebih banyak lagu untuk peminat.

Sebelum itu, kekasihnya, Loca B tampil menafikan dakwaan dia dipukul tuju, sekali gus menyangkal dakwaan mengatakan tuju seorang kaki pukul seperti tular di laman sosial.

Siapa yang mulakan perkataan 'kaki pukul' terhadap Tuju ni? - CARI


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 3-4-2020 12:03 PM
Nama heol.

Kacukan Malaya ka heol?
Quote mieymiey 3-4-2020 12:09 PM
dua_chzy replied at 3-4-2020 12:03 PM
Nama heol.

Kacukan Malaya ka heol?

Pernah terbaca bapak heols bangsa Brunei Sabahan. Mak heols ker orang Malaya?
Quote dua_chzy 3-4-2020 12:11 PM
mieymiey replied at 3-4-2020 12:09 PM
Pernah terbaca bapak heols bangsa Brunei Sabahan. Mak heols ker orang Malaya?

Tatau. Karna nama heol seperti kacuk2 gituh.
Quote Kurex 3-4-2020 12:12 PM
Selekeh         
Quote dua_chzy 3-4-2020 12:12 PM
mieymiey replied at 3-4-2020 12:09 PM
Pernah terbaca bapak heols bangsa Brunei Sabahan. Mak heols ker orang Malaya?

Btw, bapak Melayu Brunai rupanya. Patut la nama keMelayuan.
Quote nazzse 3-4-2020 12:58 PM
Busuk..cuba elok sikit imej tu
Quote duri_durians 3-4-2020 01:12 PM
sebagai orang yg dikenali dalam industri
Quote Ferr_Remy 3-4-2020 01:21 PM
Kepam 4ever
Quote takayama 3-4-2020 01:48 PM
errr dia ni ke dlm k-clique yg ramai fans dr ahli lain sbb katanya "handsome" atau ahli lain sebenarnya yg handsome
mls nk cari thread tu
Quote fliphair8 3-4-2020 02:45 PM
Retis ni kuat nyusahkan polis....nyemak tul!
Quote gideoncross 3-4-2020 03:52 PM
dua_chzy replied at 3-4-2020 12:12 PM
Btw, bapak Melayu Brunai rupanya. Patut la nama keMelayuan.

Iol yg org Brunei pun x thu siapa dia ni.
Quote weezerfan 3-4-2020 03:55 PM
Edited by weezerfan at 3-4-2020 03:57 PM

Dia yg pukul org dia yg report polis. Kebodohan apekah muka pilak ni!
Quote weezerfan 3-4-2020 03:57 PM
gideoncross replied at 3-4-2020 03:52 PM
Iol yg org Brunei pun x thu siapa dia ni.

Melayu brunei pon xde muka mcm dia ni. Mcm pilak adalah..
Quote merahmulutkiah 3-4-2020 04:22 PM
https://youtu.be/RxgL6aP8Sek



Tak paham sebenarnya pukul ke idak? Pening iolss dgn jawapan dia haaaa!!
Quote boongalalang 3-4-2020 04:25 PM
takayama replied at 3-4-2020 01:48 PM
errr dia ni ke dlm k-clique yg ramai fans dr ahli lain sbb katanya "handsome" atau ahli lain sebenar ...

Lain, sapa tah nama mamat tu. Aku ingat huruf M je
Quote ~boolean 3-4-2020 04:31 PM
busuk!

slagi tak tunjukkan report polis aku tak percaya dia buat report..

lagipun nak buat report apanya kalau betul memang ada kesan pukul..kesan gigit pada anak dia..
Quote doubleA 3-4-2020 05:09 PM
Tetap whoareyus bagi iols

Apa2 jela labu. Sian polis kena hadap macam2 musim covid ni
Quote Megikari 3-4-2020 05:17 PM

“Saya tidak mahu memberi komen lanjut supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk. Bagaimanapun, sebagai seorang yang dikenali dalam industri hiburan tanah air, saya perlu memberi respon terhadap isu itu dan meminta jasa baik semua supaya bersikap rasional terhadap apa yang terjadi."

WTF??!! Siapa dia ni? Aku tak kenal pun dia. Sumpah!
Quote minah_selekeh 3-4-2020 06:12 PM
duri_durians replied at 3-4-2020 01:12 PM
sebagai orang yg dikenali dalam industri

What a joke.. Keluar story pasal kaki pukul ni baru aku tau kewujudan.. So, aku ingat dia sebagai kaki pukul instead of retis..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.110606 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top