CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Kami, Tiada Pelayan Atau Bodyguard - RPA

1-4-2020 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5479| Komen: 29

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memaklumkan 16 kakitangan Istana Negara disahkan positif Covid-19.

Menerusi Instagramnya, Tunku Azizah memanjatkan kesyukuran apabila baginda sekeluarga negatif daripada jangkitan walaupun masih perlu menjalani kuarantin.



Kredit foto: Berita Harian

"Saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing-masing, lambai dari jauh saja.

"Kami tidak dibenarkan pelawat dan juga tiada sesiapa dibenarkan naik ke atas istana. Hanya kami di atas, tiada pelayan atau bodyguard," tulisnya.

Menceritakan pengalamannya menjalani kuarantin, Tunku Azizah berkata, keluarganya melakukan semuanya sendiri termasuk mencuci dan mengemas bilik.

Baginda juga mendoakan semua staf istana yang positif Covid-19 sembuh segera.

Memaklumkan mereka akan dikuarantin sehingga 8 April, Tunku Azizah menyeru agar semua rakyat Malaysia patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Jom kita semua bekerjasama menghapuskan wabak ini dari terus merebak. Duduk di rumah, jangan keluar dan JANGAN DEGIL. Ini tanggungjawab kita semua.

"Walaupun kita serah kepada Allah SWT, kita juga dituntut berikhtiar," katanya. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Covid19 1-4-2020 10:33 AM
Mask yg Agong pakai tu mask apa eh..pernah nampak KJ pakai juga..
Quote Bholatchomel 1-4-2020 12:39 PM
Covid19 replied at 1-4-2020 10:33 AM
Mask yg Agong pakai tu mask apa eh..pernah nampak KJ pakai juga..

kalo tak silap mask pm 2.5kan
Quote nisako 1-4-2020 01:08 PM
sian ...............
Quote Covid19 1-4-2020 01:20 PM
Bholatchomel replied at 1-4-2020 12:39 PM
kalo tak silap mask pm 2.5kan

Oh ye ke.. mesti mahal..
Quote Sazida 1-4-2020 01:24 PM
Slh sorang staff dia tu kawan kpd ex aku. Dia keje tukang masak kt istana. Masa dia xtau kena covid, dia balik jumpa kwn2 dia termasuk ex aku ni.  Dah balik istana baru tau dia positif. Kwn2 dia semuanya kena Kuarantin. Kes PUS. Dah la ex aku tu bini dia due date 2mgu lg.
Quote matamata 1-4-2020 01:24 PM
Bholatchomel replied at 1-4-2020 12:39 PM
kalo tak silap mask pm 2.5kan

n95 lagi baik dari PM2.5 kan? Sebab PM (particle matter) tu cuma tapis habuk bkn particle yg micro mcm virus
Quote ~boolean 1-4-2020 01:36 PM
macam penat aja nak kemas bilik istana seorang diri...

Quote anastasia7 1-4-2020 01:38 PM
Covid19 replied at 1-4-2020 10:33 AM
Mask yg Agong pakai tu mask apa eh..pernah nampak KJ pakai juga..

Mask PM2.5, beli hrtu kat farmasi rm3.50 atau 4.50 lebih kurang
Quote Covid19 1-4-2020 01:42 PM
anastasia7 replied at 1-4-2020 01:38 PM
Mask PM2.5, beli hrtu kat farmasi rm3.50 atau 4.50 lebih kurang

Sekali pakai kena buang ke mcm mask biru 3ply tu?
Quote bakingsoda 1-4-2020 01:49 PM
kemas bilik boleh la sendiri, makan mcmn? takde org boleh naik atas pon? ke setiap bilik ada dapur masing2 dgn stok makanan bertimbun
Quote VespaSilbe 1-4-2020 02:25 PM
Bukan mask dia jenama Philips meh?
Quote ronin 1-4-2020 02:29 PM
Sazida replied at 1-4-2020 01:24 PM
Slh sorang staff dia tu kawan kpd ex aku. Dia keje tukang masak kt istana. Masa dia xtau kena covid, ...

ex husband atau ex boipren?
Quote SisthurVirus 1-4-2020 02:33 PM
Mesti Tak biasa kemas bilik sendiri...sapu lantai sendiri .....dah la rumah besar.

Harap bertabah.
Quote SisthurVirus 1-4-2020 02:34 PM
bakingsoda replied at 1-4-2020 01:49 PM
kemas bilik boleh la sendiri, makan mcmn? takde org boleh naik atas pon? ke setiap bilik ada dapur m ...

Sheols kalau memasak mesti lah hebat..sheols Ada Buku resepi sendiri
Quote misz_sanggul 1-4-2020 02:56 PM
ronin replied at 1-4-2020 02:29 PM
ex husband atau ex boipren?

ex bf tp husband org maybe..n wife org tu lg 2 mg nk beranak..
Quote sarah82 1-4-2020 03:00 PM
Covid19 replied at 1-4-2020 02:33 PM
Mask yg Agong pakai tu mask apa eh..pernah nampak KJ pakai juga..

Tak salah aku yg ni boleh basuh dan ada pm2.5 filter. Katanya lebih baik dari 3ply surgical.. Harga utk 50 pcs flter pm2.5 antara rm50-80.
Quote ronin 1-4-2020 03:09 PM
misz_sanggul replied at 1-4-2020 02:56 PM
ex bf tp husband org maybe..n wife org tu lg 2 mg nk beranak..

Hopefully semua selamat dari covid 19..
Quote Sazida 1-4-2020 04:20 PM
ronin replied at 1-4-2020 02:29 PM
ex husband atau ex boipren?

Ex bopren. We all still kawan wlpn masing2 dh ada family sendiri., yg pelikk nya rapat mcm dah kawan dari kecik. Partner kitorang je xtau kisah we all. Dorang cuma tau kitorang kawan.
Quote Sazida 1-4-2020 04:22 PM
sarah82 replied at 1-4-2020 03:00 PM
Tak salah aku yg ni boleh basuh dan ada pm2.5 filter. Katanya lebih baik dari 3ply surgical.. Harg ...

Lebih kurang harga face mask surgical biasa.  Nape org xnk pakai yg ni?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.101511 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top