Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memaklumkan 16 kakitangan Istana Negara disahkan positif Covid-19.
Menerusi Instagramnya, Tunku Azizah memanjatkan kesyukuran apabila baginda sekeluarga negatif daripada jangkitan walaupun masih perlu menjalani kuarantin.
Kredit foto: Berita Harian
"Saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing-masing, lambai dari jauh saja.
"Kami tidak dibenarkan pelawat dan juga tiada sesiapa dibenarkan naik ke atas istana. Hanya kami di atas, tiada pelayan atau bodyguard," tulisnya.
Menceritakan pengalamannya menjalani kuarantin, Tunku Azizah berkata, keluarganya melakukan semuanya sendiri termasuk mencuci dan mengemas bilik.
Baginda juga mendoakan semua staf istana yang positif Covid-19 sembuh segera.
Memaklumkan mereka akan dikuarantin sehingga 8 April, Tunku Azizah menyeru agar semua rakyat Malaysia patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Jom kita semua bekerjasama menghapuskan wabak ini dari terus merebak. Duduk di rumah, jangan keluar dan JANGAN DEGIL. Ini tanggungjawab kita semua.
"Walaupun kita serah kepada Allah SWT, kita juga dituntut berikhtiar," katanya. - CARI |