Amy Seach membuat kejutan besar apabila mengumumkan secara rasmi keluar dari kumpulan Search. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman membuat pengumuman itu ketika tampil bersiaran secara langsung dalam satu portal hiburan, semalam.
Memetik Harian Metro, punca Amy keluar dari kumpulan itu disebabkan untuk kebaikan bersama termasuk memberi peluang buat anggota Search yang lain mengorak langkah masing-masing tanpa bergantung atau tersekat kerana dirinya. "Dengan pengumuman ini saya berharap saya tidak menghalang perjalanan atau karier anggota sedia ada," katanya. Menurut anggota Search, mereka sudah berehat hampir dua tahun tanpa sebarang konsert kerana jadual Amy yang terlalu padat. Amy turut mengakui dirinya sudah tua di usia 62 tahun dan vokal beliau tidak lagi sehebat ketika usianya 26 tahun. "Perkara itu terjadi kepada semua penyanyi di seluruh dunia. Saya bukan 26 tahun, tapi 62 tahun. Saya menyanyi apabila dipanggil dalam show atau persembahan tertutup. "Saya kira ia sesuai dengan peredaran masa di mana jika dulu peminat yang membesar bersama saya menonton saya menyanyi di konsert, tapi saat usia meningkat banyak yang memilih untuk menyaksikan persembahan saya secara tertutup," katanya. Semoga pengumuman ini akan menjernihkan semua permasalahan dan kumpulan Search akan maju ke hadapan biarpun tiada sudah tunggak utama mereka. - CARI
|
umbut replied at 30-3-2020 10:33 AM
Dah brp kali keluar masuk ni... tak heran lah.. suka hati atok ler
ADVERTISEMENT