Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli memaklumkan tiada pemotongan elektrik sekiranya lewat membayar bil. MalaysiaKini melaporkan, menterinya, Shamsul Annuar Nasarah mengesahkan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd tidak akan membuat pemotongan bekalan elektrik sepanjang tempoh PKP sehingga 31 Mac ini. "Sebagai industri yang prihatin dengan cabaran besar yang dihadapi oleh rakyat berikutan penularan wabak Covid-19 ini, saya ingin mengumumkan bahawa pihak Tenaga Nasional Berhad dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. tidak akan membuat pemotongan bekalan elektrik bagi pengguna-pengguna yang lewat membayar elektrik. "Ia bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa iaitu pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020," katanya dalam satu kenyataan. - CARI |
husna_amal replied at 23-3-2020 01:00 AM
elektrik tak potong buat masa ni tapi sampai masa lepas perintah kawalan pergerakan ni pasti kena po ...
ADVERTISEMENT