Jika semalam dilaporkan orang ramai tidak dibenarkan untuk ke negeri lain dan jika masih mahu 'pulang ke kampung' mereka perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa.
Pun begitu, arahan untuk mendapatkan kebenaran itu ditarik balik, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. Katanya lagi, orang ramai yang mahu mengadakan sebarang perjalanan ke negeri lain tidak perlu mengisi borang buat sementara waktu. “Arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini. “Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat," katanya kepada Astro Awani.
“Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan mengurangkan pergerakaan dan perjalanan,” katanya lagi. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
CardiGans85 replied at 18-3-2020 10:47 AM
Duduk rumah di mana kita tinggal sekarang. Kampung aku yg dekat tu pun aku x blk. Klu bdk2 U tu aku ...
ADVERTISEMENT