CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1481|Reply: 9

Nak Balik Kampung, Tak Perlu Kebenaran Polis Lagi Buat Masa Ini

[Copy link]
Post time 18-3-2020 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Jika semalam dilaporkan orang ramai tidak dibenarkan untuk ke negeri lain dan jika masih mahu 'pulang ke kampung' mereka perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa.


Pun begitu, arahan untuk mendapatkan kebenaran itu ditarik balik, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.


Katanya lagi, orang ramai yang mahu mengadakan sebarang perjalanan ke negeri lain tidak perlu mengisi borang buat sementara waktu.


Kredit foto: Awani




“Arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini.


“Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat," katanya kepada Astro Awani.


“Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan mengurangkan pergerakaan dan perjalanan,” katanya lagi.


Apa pula pendapat anda? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2020 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah sgt ke nak faham.. stay je la kat rumah tu.. x payah balik kampung..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmm.....abes tu apa motif bt restrictions?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Duduk rumah di mana kita tinggal sekarang. Kampung aku yg dekat tu pun aku x blk. Klu bdk2 U tu aku fhm. Yg bapak2 dan mak2 org jgn nak ambil kesempatan bawak blk kg atau vacation. Patut kena tempeleng sorg2 ms kecik2, dah besar myusahkan org.
#MalaysiaisnextItaly
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
CardiGans85 replied at 18-3-2020 10:47 AM
Duduk rumah di mana kita tinggal sekarang. Kampung aku yg dekat tu pun aku x blk. Klu bdk2 U tu aku  ...

Ada yg defend kat ig cakap balik hantar anak. dua2 sektor sensitif
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampunnnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2020 11:45 AM | Show all posts
saya nk cerita skit  kenapa sy nk blk kampung :

1.taska di tutup , sy dengan husband kerja sektor penting yg perlu keje...anak2 nk duduk mana? yang besar  (umur 13 yo)  boleh la duduk rumah, while saya kerja ntah kemana anak saya pergi...x kan la nk pantau 8j tu  semasa sy kerja..anak laki bukan boleh dilarang, lagi dilarang lagi la dia keluar.

2. balik kampung just hntr anak je..ptg balik kg , bertolak balik ke sini sebelum subuh..duduk kampung tanah besar, bosan2 boleh la keluar dok bwh pokok ke, tolong atuk jaga kambing ke. Kat rumah kg ank yg besar x de kawan ..bdk2 kampung mmg kurang..sbb kt kg hnya org2  tua je ada

3.daripada dia sibuk n bosan time school holiday ni rasanya lg baik saya hntr anak2 di kampung memandang saya n suami berkerja. Company sy pun belum lg implement WFH (work from home).

4. Orang yg kecam2 blk kg ramai2  mgkn dia x bekerja (jangan isukan kenapa yang perlu kerja tolong suami) , mgkn org tu ada maid, x perlu fikir mcm yg saya perlu fikir.

sepatutnya sebelum kerajaan nk umum kuarantin/lockdown perlu fikirkan benda2 ni semua. mmg hal tu nmpk kecik tp  boleh bwk impact yg besar. Kerajaan perlukn  mitigation plan yang lebih baik lagi .

mcm isu org ramai berpusu2 di TBS dan balai polis. student yang berpusu2 balik kampung.. sebahagian asrama tutup mcmane student nk makan..pastu lama2 duit abis..kalo diorang balik kg at least mkn je apa yg ada ..x perlu bnyk keluar duit.

kes yg ramai2 kat balai polis tu - ntah2 mak bapak sibuk nk amik anak kat u , yang x dapat tiket bas nk balik kampung..kita kene fikir dan berada in their  shoes jugak.

mc sy nk kata saya selfish suka hati korang  la haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 06:22 AM | Show all posts
masalahnye dorang ni xde sape ke yang pandai IT buat web isi form melalui online...bukti tu boleh je ditunjukkan melalui hp selepas dihantar melalui email..sekarangkan dah zaman digital..adoi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2020 11:23 AM | Show all posts
yg iols heran skrg ni, org2 yg dah balik kampung awal2 start cuti sekolah sibuk plak nak terasa dok up status kat fb, justify diorg balik kampung lagi awal bla bla...yg mana dah balik kampung sebelum PM buat announcement tu, dok diam2 je dah la..takde sapa nak judge pun..org pun tau uols dah balik awal2 lagi..sekarang ni, org ramai pakat share jgn balik kampung sbb nak create awareness, lepas tgk golongan ignorant n selfish dok berduyun balik pantai timur,utara,selatan,pantai barat segala...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 02:37 PM | Show all posts
Kenapa lah ramai yang tak nak stay kat tempat tinggal dan jangan kemana2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.087164 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list