CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menyayat Hati, Jenazah Mangsa Pertama Covid - 19 Dikebumikan, Tiada Yang Boleh Dekati

18-3-2020 10:23 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 11423| Komen: 42|Original author: intan

Description: (belum siap) Menyayat hati, jenazah mangsa pertama Covid - 19 dikebumikan, tiada yang boleh dekati
Menerusi laporan Sinar Harian, jenazah lelaki warga tempatan yang merupakan antara dua kes kematian pertama disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 di negara ini telah dilaporkan selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di Johor Bahru kira-kira jam 9 malam.


Muhammad Yusuf Bin Haron,34, dikebumikan di Tanah Perkuburan Bakar Batu, Johor Bahru. Difahamkan tiada sesiapa mahupun ahli keluarga terdekat arwah dibenarkan mendekati jenazah buat kali terakhir gara-gara prosedur pengkebumian yang sangat ketat.

Kredit foto Astro awani


Jenazah diuruskan sepenuhnya oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 ini.

Kira-kira 10 lelaki berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) mengangkat jenazah yang telah siap dikapankan menggunakan pengusung hospital.
Kredit foto: Astro Awani

Dilaporkan lelaki itu mengalami gejala demam mulai 5 Mac lalu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac setelah dikesan positif Covid -19.

Keadaan kesihatannya didapati merosot dan kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia.

Arwah meninggalkan seorang balu yang turut dijangkiti Covid-19 dan 6 orang anak yang di mana 5 orang anaknya turut positif wabak itu.- CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Elanarose

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 18-3-2020 10:29 AM
Anak2 pn kne jgk..hmmm...
Quote RatuDunia94 18-3-2020 10:40 AM
Ya Allah.. anak2 n isteri pon positif..
Quote KIM.K 18-3-2020 10:42 AM
Allahu..kita taktau pengahiran macamana
Quote Lengkong 18-3-2020 10:44 AM
Takziah..semoga isteri dan anak2 cepat sihat dah tabah menghadapi dugaan.



Quote Themilo 18-3-2020 10:52 AM
RatuDunia94 replied at 18-3-2020 02:40 AM
Ya Allah.. anak2 n isteri pon positif..

meols baca, ayah kepada arwah pun kena gak..
Quote Scheherazade 18-3-2020 10:58 AM
Takziah kpd famili arwah. Kesiannya la tak dapat nk tgk arwah one last time. Dgn famili pun dah positif. Semoga famili ni tabah dgn dugaan ni
Quote kaoru44 18-3-2020 11:05 AM
Ksian ank2 pun kena..
Quote Aai2 18-3-2020 11:05 AM
Ya Allah sedihnya...bila disahkan convid19, sorg2 kat wad tiada lawatan ahli keluarga..kalau berjaya melawan bolehlah discaj. Tp kalau tewas ,.  dr awal warded sampai akhir bersendirian..sedinya..kita x tau pengakhiran kita mcm mana...
Quote RatuDunia94 18-3-2020 11:15 AM
Themilo replied at 18-3-2020 10:52 AM
meols baca, ayah kepada arwah pun kena gak..

Of coz jiranw tetangga yg pernah ada kontak pon dlm bahaya..
Quote Bellasarah 18-3-2020 11:19 AM
Muda lg tu ..br 34
Quote Kenabertaubat 18-3-2020 11:20 AM
Allahuakbar.. Semoga ahli keluarganya yg kena tu tabah dan kuat utk lawan penyakit yg dihadapi.
Quote miracle_forever 18-3-2020 11:25 AM
RatuDunia94 replied at 18-3-2020 11:15 AM
Of coz jiranw tetangga yg pernah ada kontak pon dlm bahaya..

seminggu kan daripada dia mula ada simptom sampai dia pegi hospital.. ramai la close contact within that period. semoga isteri & anak2 arwah survive. AlFatihah
Quote MsKoreanfanatic 18-3-2020 11:28 AM
Innalillah....
Quote Bholatchomel 18-3-2020 11:32 AM
innalillah.. sedihnya...
Quote palmolive 18-3-2020 11:35 AM
kronologi dia tu, 5/3 demam..12/3 baru dapatkan rawatan ke camner?
Quote bloodyamuk 18-3-2020 11:36 AM
Innalillahiwainnalillahirojiuun
Quote MrsVeneer 18-3-2020 11:47 AM
Irresponsible. Good riddance
Quote syadq 18-3-2020 11:54 AM
palmolive replied at 18-3-2020 11:35 AM
kronologi dia tu, 5/3 demam..12/3 baru dapatkan rawatan ke camner?

11/3 baru keluar arahan jemaah tabligh utk hadir buat saringan lepas Brunei confirm kes covid. Mungkin sebelum tu pergi klinik ambil ubat demam biasa.
Quote zehra2 18-3-2020 12:03 PM
Kesian nya.. semoga ahli kluarga yg lain sembuh

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.057659 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top