CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Tua Hati-hati, Tiada Agensi Dilantik Untuk Tujuan Imunisasi Covid-19

18-3-2020 10:42 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 1887| Komen: 4|Original author: Oleh: Ct Cheery

Kelmarin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan perintah kawalan pergerakkan mulai 18 Mac sehingga 31 Mac dalam usaha kerajaan mencegah penularan baharu wabak Covid-19.


Dengan perisytiharaan itu, rakyat Malaysia sama sekali tidak dibenarkan berkeliaran di luar, pulang ke kampung, menghadiri atau menjalankan apa-apa majlis atau aktiviti sosial. 



Foto Hiasan: Arkid NSTP


Namun, terdapat pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap situasi Covid-19 dengan melawat dari rumah ke rumah untuk tujuan menjalankan kegiatan Jenayah.



Loading FB Post...


Terkini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataannya menasihatkan agar semua pihak berhati-hati dengan taktik terkini pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap situasi Covid-19 yang berlaku terutama warga tua, lapor Astro Awani.


"Jangan benarkan sesiapa masuk ke rumah untuk tujuan itu ( imunisasi)," menurut Kenyataan MKN


Tambah beliau, kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk menjalankan imunisasi Covid-19 dari rumah ke rumah.


Foto: Harian Metro


"Dalam keadaan sekarang penjahat buat kerja.


"Kepada semua, sila hati-hati",


"Kena pesan kat mak ayah kita, orang tua-tua mudah terpedaya selalunya. Bahaya," antara komen netizen.


Netizen berpendapat supaya warga muda memberi peringatan kepada warga tua di kampung untuk lebih berhati-hati dengan taktik terbaru itu yang lebih mudah memperdaya mangsa warga tua. 


Langkah Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia dan merupakan langkah terbaik untuk memastikan wabak ini tidak terus merebak dan kemudian berakhir dengan cepat.


Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.


Rakyat Malaysia dinasihatkan agar bertenang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini dan sama-sama mendoakan Keselamatan Negara Malaysia.  - CARI


Sumber: Astro Awani dan Facebook MKN


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 18-3-2020 11:08 AM
Iols awal2 dh suruh duduk je dlm rumah.. kalau bosan boleh lah berkebun sikit2 sbb mak iols suka tanam sayur..
Kenduri2 n kelas2 agama kat kampung iols dh dihentikan dan dibatalkan. Masjid n surau pon ada buat pengumuman suruh stay je kat rumah.
Quote ellejo 18-3-2020 11:16 AM
good luck la datang rumah johari. lagi2 kalo kata dari konon2 agensi gomen. ko tunggu la depan rumah tu sampai kiamat.
Quote husna_amal 19-3-2020 02:38 PM
Macam biasa lah ada yang ambil kesempatan dalam kesulitan.
Quote Artemesiaa 19-3-2020 02:46 PM
Dalam situasi semasa ni pasti ramai yang cuba ambil kesempatan jadi kena berhati2 selalu.  Pembelian mask dan sanitizer dari laman social pun kena teliti ketulinan penjualnya.  Ramai yang pura2 ada stock tapi sebenarnya nak dapat duit dari orang ramai cara mudah.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 1.166533 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top