CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM600 Diberi Kepada Pekerja Cuti Tanpa Gaji - PM

18-3-2020 10:57 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 4056| Komen: 30|Original author: Oleh: top5complete

Description: Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia, mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) semalam bersetuju memberikan bantuan RM600 setiap bulan kepada golongan pekerja bergaji tidak melebihi RM4,000 yang me ...
Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia, mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) semalam bersetuju memberikan bantuan RM600 setiap bulan kepada golongan pekerja bergaji tidak melebihi RM4,000 yang mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak COVID-19 bermula 1 Mac 2020.



Foto: Astro Awani

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Mesyuarat EAC di Pejabat Perdana Menteri di sini pada Isnin.

"Mesyuarat bersetuju mengambil langkah tambahan untuk perkukuhkan pakej rangsangan berikut, bantuan kewangan bagi membantu pekerja mengambil cuti tanpa gaji.

"Bantuan kewangan RM600 setiap bulan, maksimum selama enam bulan itu layak untuk pekerja notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Langkah ini melibatkan peruntukan RM120 juta kepada 33,000 pekerja yang menerima faedah ini," katanya dipetik dari Astro AWANI.


Difahamkan, bantuan ini diutamakan kepada pekerja di sektor pelancongan dan kerajaan turut memutuskan untuk memberi 15 peratus diskaun caj elektrik bermula 1 April sehingga 30 September ini.

Terima kasih kepada kerajaan yang prihatin kepada nasib rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wunan88 16-3-2020 06:51 PM
Alhamdulillah, terima kasih PN
Quote MissVixen 16-3-2020 06:52 PM
Alhamdullillah. Kesian pada yang tak mampu.
Quote sarah82 16-3-2020 07:17 PM
Alhamy.. Walaupun 600 tapi sangat membantu.
Quote KIM.K 16-3-2020 07:22 PM
Sesuai untuk B40 sahaja
Quote Scheherazade 16-3-2020 07:26 PM
Dpt juga ringankan sedikit beban mrk yg trpaksa cuti tanpa gaji ni, alhamdulillah.
Quote misc 16-3-2020 07:28 PM
Alhamdulillah. Jadi lah tu siapa nak bg kita 600 bulan2, kan.
Quote JohnnyCastle 16-3-2020 08:38 PM
bangsa subsidi..tak gheti menyimpan untuk kecemasan..sibuk nak melancong tengok negara luaq......wakakakakakakakakakakaa
Quote ResellerMaxis 16-3-2020 08:39 PM
#ilovemypm
Quote September14 16-3-2020 08:40 PM
Bgus kerajaan baru ni, x berkira
Quote Imkhai 16-3-2020 08:47 PM
Pncerahan plz gaes EIS company aku mmg potong,tp aku x ambk cuti tnpa gaji ni dpt x rm600 gaji aku bwh rm4k
Quote paz 16-3-2020 08:47 PM
Wah bantuan bagus.
Quote sarahmirza 16-3-2020 08:48 PM
EIS tu bulan2 kena potong tp tiba masa syaratnya yg dpt bantuan bergaji bawah rm4k.
Yang gaji rm4005 tu kesian la bulan2 menyumbang juga lorr
Quote zorrro_03 17-3-2020 10:56 AM
cerdik sgt pentadbiran baru ni.  siapa punya akal yang berani sgt agaknya...  
Quote badaksumbu 17-3-2020 11:29 AM
zorrro_03 replied at 17-3-2020 10:56 AM
cerdik sgt pentadbiran baru ni.  siapa punya akal yang berani sgt agaknya...

lge dah bkn menteri kewangan.
Quote badaksumbu 17-3-2020 11:31 AM
KIM.K replied at 16-3-2020 07:22 PM
Sesuai untuk B40 sahaja

betul tu. cuba bayangkan kalau yg gaji rm10k sebulan, half mth non pay leave dah dekat 5k kena potong
Quote top5complete 18-3-2020 10:57 AM
Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia, mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) semalam bersetuju memberikan bantuan RM600 setiap bulan kepada golongan pekerja bergaji tidak melebihi RM4,000 yang mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak COVID-19 bermula 1 Mac 2020.





Foto: Astro Awani



Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Mesyuarat EAC di Pejabat Perdana Menteri di sini pada Isnin.

"Mesyuarat bersetuju mengambil langkah tambahan untuk perkukuhkan pakej rangsangan berikut, bantuan kewangan bagi membantu pekerja mengambil cuti tanpa gaji.

"Bantuan kewangan RM600 setiap bulan, maksimum selama enam bulan itu layak untuk pekerja notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Langkah ini melibatkan peruntukan RM120 juta kepada 33,000 pekerja yang menerima faedah ini," katanya dipetik dari Astro AWANI.


Difahamkan, bantuan ini diutamakan kepada pekerja di sektor pelancongan dan kerajaan turut memutuskan untuk memberi 15 peratus diskaun caj elektrik bermula 1 April sehingga 30 September ini.



Terima kasih kepada kerajaan yang prihatin kepada nasib rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. - CARI
Quote RatuDunia94 18-3-2020 11:13 AM
Duit tabung harapan haritu mana pergi?
Quote Mizlyn 18-3-2020 11:14 AM
Bagus la camtu.. ini manfaat utk 33000 org pekerja sahaja.
Harap kerajaan pertimbangkan utk keluarkan Akaun 2 EPF kepada mereka yang tak bekerja tapi ada simpanan EPF juga.
Quote Kenabertaubat 18-3-2020 11:16 AM
Dah yg meniaga sendiri kais pagi makan malam ni macam mana?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.150099 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top