View: 1295|Reply: 4
|
Warga Tua Hati-hati, Tiada Agensi Dilantik Untuk Tujuan Imunisasi Covid-19
[Copy link]
|
|
Kelmarin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan perintah kawalan pergerakkan mulai 18 Mac sehingga 31 Mac dalam usaha kerajaan mencegah penularan baharu wabak Covid-19.
Dengan perisytiharaan itu, rakyat Malaysia sama sekali tidak dibenarkan berkeliaran di luar, pulang ke kampung, menghadiri atau menjalankan apa-apa majlis atau aktiviti sosial.
Foto Hiasan: Arkid NSTP
Namun, terdapat pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap situasi Covid-19 dengan melawat dari rumah ke rumah untuk tujuan menjalankan kegiatan Jenayah.
Terkini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataannya menasihatkan agar semua pihak berhati-hati dengan taktik terkini pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap situasi Covid-19 yang berlaku terutama warga tua, lapor Astro Awani.
"Jangan benarkan sesiapa masuk ke rumah untuk tujuan itu ( imunisasi)," menurut Kenyataan MKN
Tambah beliau, kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk menjalankan imunisasi Covid-19 dari rumah ke rumah.
Foto: Harian Metro
"Dalam keadaan sekarang penjahat buat kerja.
"Kepada semua, sila hati-hati",
"Kena pesan kat mak ayah kita, orang tua-tua mudah terpedaya selalunya. Bahaya," antara komen netizen.
Netizen berpendapat supaya warga muda memberi peringatan kepada warga tua di kampung untuk lebih berhati-hati dengan taktik terbaru itu yang lebih mudah memperdaya mangsa warga tua.
Langkah Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia dan merupakan langkah terbaik untuk memastikan wabak ini tidak terus merebak dan kemudian berakhir dengan cepat.
Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Rakyat Malaysia dinasihatkan agar bertenang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini dan sama-sama mendoakan Keselamatan Negara Malaysia. - CARI
Sumber: Astro Awani dan Facebook MKN |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Iols awal2 dh suruh duduk je dlm rumah.. kalau bosan boleh lah berkebun sikit2 sbb mak iols suka tanam sayur..
Kenduri2 n kelas2 agama kat kampung iols dh dihentikan dan dibatalkan. Masjid n surau pon ada buat pengumuman suruh stay je kat rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
good luck la datang rumah johari. lagi2 kalo kata dari konon2 agensi gomen. ko tunggu la depan rumah tu sampai kiamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam biasa lah ada yang ambil kesempatan dalam kesulitan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam situasi semasa ni pasti ramai yang cuba ambil kesempatan jadi kena berhati2 selalu. Pembelian mask dan sanitizer dari laman social pun kena teliti ketulinan penjualnya. Ramai yang pura2 ada stock tapi sebenarnya nak dapat duit dari orang ramai cara mudah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|