Yatt Hamzah menerusi hantaran di Instagramnya berpesan kepada semua muslimin supaya menjauhi maksiat dan perkara yang melalaikan. Sebaliknya, dia memohon umat Islam banyakkan beristighfar dan menunaikan solat sunat.
Tegasnya, amar makruf nahi mungkar adalah satu-satunya penawar mujarab bagi mana-mana wabak penyakit menular seperti Covid-19 yang semakin membimbangkan. "Tak jadi kalau seorang dua saja yang buat. Kena semua sekali buat berjemaah. "Tolonglah kalau sayang diri dan keluarga, cukup-cukuplah buat perkara lagha, cukup-cukuplah berhibur," tulisnya. Dalam perkembangan lain, Yatt juga meluahkan rasa syukur tak terhingga apabila Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
|
nuno replied at 10-3-2020 12:02 PM
Mula-mula buang suami, pastu baru dahi melekat kat sejadah..angkat jer muka nampak bayangan(aura) su ...
Joysparta replied at 10-3-2020 12:14 PM
innocent je muka suami yg lama....
Joysparta replied at 10-3-2020 12:14 PM
innocent je muka suami yg lama....
umbut replied at 10-3-2020 01:01 PM
Iyolahhhhhhhhh yatt ooiiiii... Ko bila nak pki niqab....semua laghaaaaaa
Atikahmaarof replied at 10-3-2020 12:58 PM
baguslah bg peringatan yatt..
tp tak faham #yattmengayat
barfi replied at 10-3-2020 01:14 PM
Pakai niqab pastu Cabut balik macam natasha tu buat apa.. huhu bersederhana jelah.. buang mekap du ...
ADVERTISEMENT