CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Tangguh Sidang Dewan Rakyat Sebab Takut - Fahmi Fadzil

5-3-2020 11:29 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4488| Komen: 30|Original author: Tukang Tulis

Gambar hiasan. Kredit foto: Facebook

PKR menganggap keputusan menangguhkan sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya bermula pada 9 Mac ini menunjukkan kerajaan takut berdepan dengan isu keyakinan ahli-ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seperti dilaporkan Sinar Harian, Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan dengan jelas cuba mengelakkan isu tersebut.

"Jika mereka yakin, sudah tentu sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 9 Mac ini akan diteruskan seperti biasa.

"Saya anggap ini hanya memberikan satu kemenangan moral kepada PH (Pakatan Harapan) kerana terbukti Perdana Menteri tidak yakin akan sokongan sehingga terpaksa melewatkan sidang Dewan Rakyat," jelasnya.

Fahmi Fadzil. Kredit foto: Facebook

Penangguhan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 itu diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof pada 4 Mac.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan, PH sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan dan akur dengan penangguhan itu.

"Kami yakin mempunyai majoriti untuk menyatakan ketidakyakinan terhadap Perdana Menteri kini," katanya.

Sementara itu, memetik laporan berasingan oleh Sinar Harian, pakar perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof menyatakan, keputusan kerajaan untuk menunda tarikh permulaan sidang Dewan Rakyat tidak menyalahi peraturan dan Perlembagaan Persekutuan.

Dr Muhammad Fathi Yusof. Kredit foto: Facebook
Felo Penyelidik Undang-undang dan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu melihat langkah itu adalah wajar memandangkan kerajaan masih dalam proses menyusun semula Kabinet.

"Tentunya proses ini mengambil masa dan menteri yang baru dilantik pula tentunya memerlukan masa bagi meneliti perjalanan kementerian masing-masing dan menentukan rangka kerja berdasarkan keutamaan semasa serta mengambil tindakan perlu bagi menangani masalah yang mendesak pada masa kini.

"Selepas tindakan (selesai membentuk Kabinet) barulah ia sesuai dibawa ke badan legislatif untuk tujuan akauntabiliti supaya pihak pembangkang sedia mengemukakan soalan berkaitan pelaksanaan pemerintahan kerajaan," jelasnya.

Diharapkan krisis politik yang melanda negara menjadi reda apabila sidang Dewan Rakyat bermula nanti. - CARI
3

Bagus
3

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 5-3-2020 11:34 AM
Tak malu ke ckp benda yg tak pasti?
Quote AbukRokok 5-3-2020 11:35 AM
kne tangguh la ...menteri pun belum dilantik
dah lantik nti kne semak itu ini.... common sense lah

Quote highcastle 5-3-2020 11:36 AM
Jom bubar, beri mandat pada rakyat.. Ada berani?
Quote bulan_gerhana 5-3-2020 11:38 AM
attention seeker... memasing nak up kan diri
Quote Kurex 5-3-2020 11:38 AM
kan ke baru lahi, biar la susun atur dulu.. ngok betul la pee esh ni
Quote zull4rs 5-3-2020 11:39 AM
So what, PN dah ambilalih kerajaan dan menunda sidang parlimen tidak bertentangan dengan perlembagaan. Aku x nmpk ada salah dan perlu dipertikaikan.

Ada sokongan atau tidak, sama2 kita tunggu masa sidang bersambung Mei 2020 nanti.
Quote pokaibanktokyo 5-3-2020 11:43 AM
PN kiasu la bodoh
Quote highcastle 5-3-2020 11:43 AM
Apa yang kalut sangat.. Nanti dah sidang hang undi lah, kalau nasib baik hang menang ambil balik kerajaan tu........ Bila nak bubar kecut telur pulak..........
Quote pokaibanktokyo 5-3-2020 11:44 AM
Kurex replied at 5-3-2020 03:38 AM
kan ke baru lahi, biar la susun atur dulu.. ngok betul la pee esh ni

Itu fahmi dungu tak tau beza aset dengan cash
Quote Kurex 5-3-2020 11:46 AM
pokaibanktokyo replied at 5-3-2020 11:44 AM
Itu fahmi dungu tak tau beza aset dengan cash

memang dungu.. iols tak boleh blah dia rasmi lif rumah flat hari tu.. semata tu je weh... satu lif tu je kau nak buat perasmian.. lagi dua lif terus kau biarkan gitu je.. ngokkkkk
Quote Ina8895 5-3-2020 11:57 AM
Hensem fahmi ni. Dulu dia pernah berlakon kan?
Quote palmolive 5-3-2020 11:59 AM
macam la rajin sangat masuk sesi sidang Dewan..
sejuk la..ngantuk la..nak tidur manerrr..uuuu
Quote fizamn 5-3-2020 12:01 PM
covid 19 le tue.. ye laa ada yg dah mingle dgn suspek dari UOA tue.. dah ler majoriti dalam parliment semua baya atuk atuk ataupun baya moyang ... haisshhh..
Quote akusukaq 5-3-2020 12:05 PM
pokaibanktokyo replied at 5-3-2020 11:46 AM
Takde peluang ambil balik. Kalau menang u di tak percaya penyokong PN akan merusuh. YDPA akan isyt ...

Ph tidak akan menang pun.berapa byk adun dan mp ph yg sedang bercadang nk melompat ke PN. sendiri mau ingat kalu ph kalah malu tahap gaban. mase berkuassa pun kalah inikan dah hilang kuasa. mampu mimpi jelah
Quote JohnyEnglish 5-3-2020 12:20 PM
Takut jd kjaan 2mggu kew tu
Quote Ladybird910 5-3-2020 12:30 PM
Kalau bersidang pon lepas tu ramai2 yb keluar alasan dewan terlalu sejuk pon xguna kan!!!kan!!!!
Quote husna_amal 5-3-2020 12:36 PM
Bagi la masa sikit, kan cuma tangguh je tu.
Quote kasibiman 5-3-2020 12:38 PM
Banyak cekadak btol.

Masa Dewan bersidang pakat mengular.

Tu sejenis kemenangan moral gak ke?
Quote noradaniez 5-3-2020 12:40 PM
Mamat ni la yg hina kereta org yg cam nak roboh hari tu kan??

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.070334 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top