CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Usahawan Kosmetik Terkenal Didakwa Pukul Anak Angkat, Siapakah?

5-3-2020 09:36 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 15174| Komen: 116|Original author: Oleh: intan

Description: Semalam media sosial kecoh seketika apabila sebuah laporan polis tular kerana dikaitkan dengan seorang usahawan kosmetik terkenal.
Semalam media sosial kecoh seketika apabila sebuah laporan polis tular kerana dikaitkan dengan seorang usahawan kosmetik terkenal.


Kredit foto: Carian Google

Dalam laporan tersebut, usahawan kosmetik itu dikatakan memukul kanak-kanak terbabit kerana ingin merakam gelagatnya yang sedang menangis ketika sebuah sesi rakaman video.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di rumah usahawan kosmetik terbabit yang terletak di Kota Damansara sebelum pembantu rumahnya yang juga saksi kejadian membuat laporan polis.

Kredit foto: OhBulan

Menerusi laporan tersebut, usahawan terbabit telah bertindak mengangkat tangan kepada anak angkatnya hanya kerana ingin merakam video Youtube, semata-semata untuk menyaksikan gelagat anak angkatnya itu sedang menangis.

Menurut pembantu rumah berkenaan, usahawan tersebut telah mengarahkannya untuk membawa kanak-kanak itu ke dalam sebuah bilik kasut dan memintanya untuk memukul mangsa. 

Namun, pembantu rumah mengakui bahawa dia tidak berani dan enggan menuruti arahan usahawan tersebut untuk memukul mangsa kerana risau kanak-kanak itu tercedera.

Kredit foto: mStar online

Dia juga mendedahkan bahawa usahawan tersebut bertindak memukul mangsa menggunakan kasut dan mencubit mangsa sehingga meninggalkan kesan lebam.

Pembantu rumah tersebut dilaporkan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dengan tujuan menlindungi dirinya daripada difitnah dan dituduh kerana memukul mangsa.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komision Nik Ezanee Mohd Faisal telah mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

Siapakah usahawan itu? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 5-3-2020 06:49 AM
Bagus maid tu buat report. Tak kisah la kena buang kerja, si gila isim tu mmg patut kena.
Quote Modngengade 5-3-2020 07:03 AM
Mcm2 giler org skrg ni
Quote dino 5-3-2020 07:04 AM
Modngengade replied at 5-3-2020 07:03 AM
Mcm2 giler org skrg ni

yg layan fb die bg manfkuk low class ni femes lg gile.. sila boikot produk mangkuk takde maruah ni
Quote KIM.K 5-3-2020 07:07 AM
Edited by KIM.K at 5-3-2020 07:10 AM

Mental illness hokeyy..depan nampak alim belakang pintu tabuh anak. Ape la yang meena lalui selama ni
Nasib maid ni bijak gi selamatkan diri buat covering report. Tak pasal2 esok dia yg dipersalahkan atas drama rempit beluk
Quote asudau 5-3-2020 07:13 AM
jap lagi dia twist cerita la...kata dia teraniaya oleh bibik..

semata-mata nak upkan nama..sanggup dia buat budak tu macam ni..

tak cukup kaya lagi ke sampai nak pergunakan anak-anak untuk buat youtube...

Quote diss69 5-3-2020 07:19 AM
Ke memang idea dia... Suruh bibik report, buat gempak.. Kalau dia laa.., rasanya xda yg mustahil utk dia naikkan viewers kt utube dia tu..
Quote ais_kosong 5-3-2020 07:21 AM
gila glamer sampai tahap mcm ni..
Quote Yaya5619 5-3-2020 07:23 AM
sedih nak nangis aku tengok muka meena tu  macam tak happy je macam budak baya2 dia. aku dah la ada anak baya2 meena ni.
Quote CiliPadiSedap 5-3-2020 07:29 AM
kalau betul cerita ni, memang gila lah keluarga ni. semua hipokrit munafikin. tuhan balas balik kejahatan mereka aniaya balu abam
Quote diandahlia7 5-3-2020 07:32 AM
Celaka sungguh ko wahai alepp.siannye ameena
Quote Nenolen 5-3-2020 07:35 AM
Laknatullah
Quote CiliPadiSedap 5-3-2020 07:37 AM
jom boikot produk dia dengan family dia. gila pukul anak angkat. memang betul firasat mak budak angkat ambil anak dia. fikir semua orang hadap duit ke?
Quote pagaruyung 5-3-2020 07:37 AM
Jijik perangai
Quote delsmomm 5-3-2020 07:40 AM
ya Allah..kesian nya bdk tu..

sampai merah2 badan..

tergamaknya dia buat budak kecik mcm tu.. kesiannyaaaa...
Quote helicornia 5-3-2020 07:52 AM
dah ada benang. dh dekat 20 page org dok kecam toklip
Quote EJALTI 5-3-2020 07:54 AM
Kesian adik comel tuh...
Quote saviour_09 5-3-2020 08:00 AM
JKM ambik la balik budak ni
jgn gelap mata semata2 dia kaya raya konon mampu jaga
mampu apa kalo badan berbirat lebam2 macam ni
serah pada marhean lain yg berbaris lg dlm list korang tu

jantan paling bacul dlm donia jantan yg dera anak bini
tuih atas muka!
Quote julielapadite 5-3-2020 08:25 AM
CiliPadiSedap replied at 5-3-2020 07:37 AM
jom boikot produk dia dengan family dia. gila pukul anak angkat. memang betul firasat mak budak angk ...

Masalahnya org2 kebiasaan mcm aku pun tak pernah sentuh produk pelik-pelik jual kt kedai jamu & kaunter kiosk ni, heran la sape yg gigih membeli sampai pengasas jadi jutawan memasing. Pelikkk
Quote Sambalberapi 5-3-2020 08:26 AM
Celaka betul belut letrik ni. Kesian, 2 tahun apalah yg dpt dibuat nk pertahankan diri, nangis je la
Gud job maidnya

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.084232 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top