Dalam sebuah sesi temu bual bersama Achey dan Fad selepas Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat Allahyarham Abam Bocey di Masjid Wilayah Persekutuan, pelawak itu mengulas mengenai masalah antara keluarga Ali Puteh
dan Hidayah, isteri arwah. Menurut F8Buzz, Achey terkilan kerana cerita kebaikan Abam tertutup akibat kontroversi tersebut. Dia merasakan ruangan media bukanlah ruangan menyelesaikan masalah. Sebaiknya, selesaikan masalah dalam selimut diam-diam dan rujuklah pada majlis agama ataupun ke ruangan undang-undang. Achey turut tidak kisah menjadi orang tengah untuk
menyelesaikan masalah kedua-dua pihak tersebut. Namun, dia masih merasakan
dirinya dan Fad cumalah orang luar dalam permasalahan mereka.
Pada awalnya, Achey terkejut bukan kerana luahan tersebut,
tetapi kerana tempat yang salah. Dia dan Fad amat rapat dengan arwah. Baginya, permasalahan antara keluarga ini sudah diketahuinya dengan mengatakan pada
media, "Bulu roma, satu tarik pun kita tahu." Cuma bezanya, serapat mana Fad dan Achey dengan Abam,
haruslah dijaga aib dan kisah arwah sebaik mungkin. Achey juga menegaskan bahawa walaupun mereka pernah berjanji
untuk membantu keluarga arwah Abam, mereka hanya boleh membantu setakat yang
termampu. Hak mereka untuk membantu tidaklah sehingga membantu masalah dalam
selimut. Fad dan Achey turut berusaha untuk terus menjaga Hamzah, anak arwah dengan mengunjungi setiap minggu secara bergilir-gilir antara mereka. - CARI |
bondeh replied at 3-3-2020 11:50 AM
harap lepasni buat persembahan takde lah dengar bingit si Achey nih...
meow_tompok: apa kata amik je hidayah jadik bini no 2 korang. bole jaga balu & anak arwah sahabat baik. daripada dtg berkunjung bergilir-gilir mcm tu.
ADVERTISEMENT