CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Merajuk' Parti Hari Lahir Dibatalkan Kerana Koronavirus, Lelaki Ugut Bakar Diri

14-2-2020 11:04 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5853| Komen: 41|Original author: Oleh: LilRose

Seorang lelaki di China mengugut akan membakar diri sendiri dek kesal tidak dibenarkan menyambut hari ulang tahun kelahiran dengan meriah di saat wabak koronavirus sedang mengganas.

Lapor agensi berita Xinhua seperti dipetik Shanghai.ist, dalam di Chongqing itu, Wang dikatakan mahu membuat jamuan dengan menyediakan 10 meja sempena ulang tahunnya ke-59 pada 28 Januari.


Bagaimanapun, rancangannya mendapat tentangan pihak berkuasa berikutan larangan berkumpul yang dikuatkuasakan bagi mencegah peyebaran wabak berkenaan.


Kredit foto: Shanghai.ist

Berang kehendaknya dihalang, Wang pada 26 Januari membeli beberapa mercun dan petrol sebelum menuju ke pejabat jawatankuasa tempatan. 

Wang kemudian dikatakan bertekak dengan pegawai di sana untuk mendapatkan kebenaran bagi mengadakan jamuan itu. 

Wang yang panas hati permintaannya tidak dilayan bertindak drastik dengan mengikat mercun pada tubuhnya dan menyimbah petrol ke dadanya sambil menyalakan pemetik api.



Kredit foto: Shanghai.ist

Lelaki itu mengugut akan membakar dirinya jika pihak berkuasa tidak meluluskan jamuan ulang tahun kelahirannya.
 
Wang bagaimanapun ditahan atas tindakan bodohnya itu dan kini didakwa atas kesalahan mencetuskan masalah.

Tidak pasti pula bagaimana dia menyambut ulang tahunnya atau sama ada majlisnya itu dihadiri tetamu atau tidak.

Dah tua-tua pun merajuk sampai macam tu sekali sebab tak dapat sambut hari ulang tahun kelahiran. Pak cik tak pernah sambut ke 58 tahun lepas? - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 14-2-2020 11:11 AM
So birthday belakang besi jer la bam
Quote cikatilia 14-2-2020 11:15 AM
bila dia terbakar kita nyanyi
epi bedei tu yuuu
Quote slavehunter 14-2-2020 11:17 AM
Biarkan jer dia bakar diri. Kurang lagi sorang.
Quote Kurex 14-2-2020 11:20 AM
menyusahkan la leluhur ni
Quote lee_sakura 14-2-2020 11:21 AM
bakor je la dia tu
Quote meow_tompok 14-2-2020 11:28 AM
besday uncle tak penting pun, kesihatan dan kesejahteraan awam lagik penting. Dah tua2 pun nak sambut besday, ingat budak kecik ke apa

Quote Artemesiaa 14-2-2020 11:32 AM
Orang sibuk banyak kerja nak kena buat untuk lawan virus dia sibuk main drama selayaknya kena tangkap
Quote Meiizu 14-2-2020 11:37 AM
vodo, selfish
Quote ina_na 14-2-2020 11:52 AM
OK dah blh sambut behday gan polis dlm lokap
Quote jfq 14-2-2020 11:56 AM
Dia buat party pun xda kot org nak dtg
Quote Rainrein 14-2-2020 11:58 AM
Gila buruk laku leluhur nih
Quote palmolive 14-2-2020 12:04 PM
patut mai negara ni..takder org larang
Quote zuuu 14-2-2020 12:11 PM
Kalo budak umur 5 tahun perangai gini aq leh terima lagi,yelah xfaham pasal bahaya virus...yg ni umur dh 59 dah kenapa???kalo panjang umur next year ko wat la smbutan besar2an gitu...
Quote Nes3in1 14-2-2020 12:12 PM
Bimboy.         
Quote Nes3in1 14-2-2020 12:17 PM
cikatilia replied at 14-2-2020 11:15 AM
bila dia terbakar kita nyanyi
epi bedei tu yuuu

Lol kahkahkah
Quote clarizsa 14-2-2020 12:18 PM
Biar je dia nk bakar diri
Senang keje xyah tolong bakarkan mayat nya

Dah tua pun bodoh
Quote judicata 14-2-2020 12:22 PM
You stupid mf. Orang lain takut nak pergi crowded area takutkan covid.. ko boleh nak suruh org datang beramai-ramai celebrate birthday ko?! Ummah prc ni memang takde common sense ka?
Quote sukacactus 14-2-2020 12:24 PM
Buat bday party dia dapat angpow x?
Kalau dapat, tu la pasal kot dia mengada sgt
Patut biarkan aje dia meletup pom3, lg meriah bday dia
Quote bakingsoda 14-2-2020 12:25 PM
biar je dia buat, berani ke orang nak datang

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.068220 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top