Seorang lelaki di China mengugut akan membakar diri sendiri dek kesal tidak dibenarkan menyambut hari ulang tahun kelahiran dengan meriah di saat wabak koronavirus sedang mengganas.
Lapor agensi berita Xinhua seperti dipetik Shanghai.ist, dalam di Chongqing itu, Wang dikatakan mahu membuat jamuan dengan menyediakan 10 meja sempena ulang tahunnya ke-59 pada 28 Januari.
Bagaimanapun, rancangannya mendapat tentangan pihak berkuasa berikutan larangan berkumpul yang dikuatkuasakan bagi mencegah peyebaran wabak berkenaan.
Kredit foto: Shanghai.ist
Berang kehendaknya dihalang, Wang pada 26 Januari membeli beberapa mercun dan petrol sebelum menuju ke pejabat jawatankuasa tempatan.
Wang kemudian dikatakan bertekak dengan pegawai di sana untuk mendapatkan kebenaran bagi mengadakan jamuan itu.
Wang yang panas hati permintaannya tidak dilayan bertindak drastik dengan mengikat mercun pada tubuhnya dan menyimbah petrol ke dadanya sambil menyalakan pemetik api.
Kredit foto: Shanghai.ist
Lelaki itu mengugut akan membakar dirinya jika pihak berkuasa tidak meluluskan jamuan ulang tahun kelahirannya.
Wang bagaimanapun ditahan atas tindakan bodohnya itu dan kini didakwa atas kesalahan mencetuskan masalah.
Tidak pasti pula bagaimana dia menyambut ulang tahunnya atau sama ada majlisnya itu dihadiri tetamu atau tidak.
Dah tua-tua pun merajuk sampai macam tu sekali sebab tak dapat sambut hari ulang tahun kelahiran. Pak cik tak pernah sambut ke 58 tahun lepas? - CARI |