CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut Tak Diundang Lagi, Mimi Loma Gagah Berkerusi Roda Penuhi Jemputan Majlis

14-2-2020 01:15 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 12005| Komen: 60|Original author: Oleh: LilRose

Description: Mimi Loma menyuarakan kebimbangannya tidak lagi diundang jika tidak memenuhi jemputan majlis.
Mimi Loma menyuarakan kebimbangannya tidak lagi diundang jika tidak memenuhi jemputan majlis.

Adik kepada Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma dan Allahyarham Mariani itu berkata, berat juga hatinya apabila memikirkan keadaan diri yang uzur.



Kredit foto: BH Online

Pun begitu, digagahkan juga dirinya walaupun berkerusi roda kerana bimbang tidak lagi diundang.

Berkata kepada Berita Harian, Mimi atau Siti Aminah Ismail, 73, mengaku kesihatannya tidak sebaik dahulu.

"Saya tidak berapa sihat. Macam-macam penyakit yang tidak disangka dihidapi. Seperti yang dikatakan doktor, sakit saya ini, bila-bila masa saja boleh menyerang.

"Malah, disebabkan sakit yang menyerang mata, saya perlu berkerusi roda kerana penglihatan agak terjejas.

"Namun, saya reda dengan ketentuan Allah. Insya-Allah, April ini, saya akan menjalani pembedahan mata," katanya.


Dalam masa sama, Mimi juga akui sudah tidak aktif menyanyi kerana suaranya sudah tidak seperti dahulu.

Katanya, dia hanya menyanyi secara santai saja jika dijemput.

"Iyalah, nyanyi biasa-biasa sahaja mengikut usia dan keupayaan saya,"katanya.


Kredit foto: Discogs

Usia sudah lanjut ni, sebaiknya Mimi utamakan kesihatan dan berehat saja di rumah, kan? - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 14-2-2020 02:00 PM
Nenek, bagus nenek stay umah je. Weols tak kisah pun kalo nenek menolak jemputan sbb faham ke keadaan nenek dh uzur
Quote whadda 14-2-2020 02:05 PM
tak penah tau nenek masih aktif
Quote doubleA 14-2-2020 02:08 PM
Patut rehat dah, bukan risau tak dijemput lalu gigih memenuhi jemputan lagi. Uzur boleh difahami.
Quote shania88 14-2-2020 02:12 PM
mungkin dia nak duit bantuan
yela biasanya kalau di jemput akan ada sesi pemberian bantuan
Quote Boomibulat 14-2-2020 02:32 PM
Risau sgt x dijemput manusia..beringatlah mgkn esok lusa dijemput Ilahi..
#modeustazbaliksolatjumaat
Quote Zack8hunter 14-2-2020 02:38 PM
Edited by Zack8hunter at 14-2-2020 02:40 PM
shania88 replied at 14-2-2020 02:12 PM
mungkin dia nak duit bantuan
yela biasanya kalau di jemput akan ada sesi pemberian bantuan

tu la.. pun rasa mcm tu... mungkin dia perlukan bantuan.. simpati buat nenek
Quote biozipstar 14-2-2020 02:43 PM
hmmm ada jugak yg jemput ke?
Quote dudaberhias 14-2-2020 02:48 PM
Setiap kali di undang mestilag di bayar lagipun dia selebriti lama. Mungkin bayarannya tak sebanyak artis baru tapi untuk kelangsungsn hidup dan rawatan kena jugak la hadapi dan pergi walaupun susah. Semoga sembuh dan di permudahkan urusan. Makan tu kena jaga yang utama. Kawan mak iols ada sorang penyakit yang serang penglihatan mata ni, tak tahu lah penyakit apa. Datang secara mengejut. Kalau ada selaput tu boleh la jugak nak agak.
Quote TravellingBear 14-2-2020 02:53 PM
Aku baca tadi Mimi Lana. Dah klik baru prasan aku salah
Quote chicozinn 14-2-2020 03:34 PM
dulu aku ingat mimi lana ni anak saloma @ anak mimi loma..
Quote RumiMenari 14-2-2020 03:37 PM
Boomibulat replied at 14-2-2020 02:32 PM
Risau sgt x dijemput manusia..beringatlah mgkn esok lusa dijemput Ilahi..
#modeustazbaliksolatjumaa ...



Menusuk tepat ke dlm hati..
Quote johnazizul 14-2-2020 03:44 PM
Mariani tua pun camni gak...
Quote kucingitam 14-2-2020 03:54 PM
dia berlakon dlm ahmad albab jadi Suhara kan..

semoga acik selamat menjalani pembedahan mata.
Quote beta_carotene 14-2-2020 04:32 PM
kucingitam replied at 14-2-2020 02:54 PM
dia berlakon dlm ahmad albab jadi Suhara kan..

semoga acik selamat menjalani pembedahan mata.

Tu je la lakonan sheols yg diingati
Selebihnya hanya nempel populariti Akak2 sheols jah
Quote husna_amal 14-2-2020 04:39 PM
Rasanya dah tua2 macam ni tak payah fikir lagi dunia hiburan ni. Buat persiapan menghadapi Allah lebih baik.
Quote buapakperut 15-2-2020 07:01 AM
dijemut untuk apa, dah tua2 takyahla risau bende2 gini. bawak2 le ke mesjid, sesama mengaji.
Quote Suchi 15-2-2020 07:56 AM
Ada anak2 ke tak ye? Sian tgk artis2 dah tua masih gigih berlakon ke apa demi kelangsungan hidup.
Quote hotmak 15-2-2020 08:00 AM
yelah kita mmg lah suruh dia rehat kat rumah, tapi kot hadir jemputan dpt duit, digigihkan juga lah wlu tak sihat tu

agaknya adalah kot tukang bawak, tapi kalau pergi event pun, kena bermodal juga

panjang2 umur adik beradik dorang ni ye, mariani dulu pun pnjang umur
Quote stania83 15-2-2020 08:12 AM
Ada je benda negatif nak dikomen  

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.071848 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top