Datuk Seri Vida menuntut agar Azwan Ali tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Ini susulan beberapa isu yang timbul selepas kemunculannya dalam Karnival Cik B Vaganza Tour 2020 baru-baru ini.
Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai DiVA AA menghina fizikal Cik B dan dua anak lelakinya yang dah meninggal dunia.
Sebelum ini Diva AA telah membakar sehelai selendang serta dua botol minyak wangi pemberian DS Vida yang bernilai ratusan ringgit. Azwan Ali mendakwa DS Vida tidak membayar persembahannya namun DS Vida menyatakan pihaknya langsung tidak menjemputnya. Azwan hadir kerana dijemput oleh salah seorang pengacara program itu tanpa pengetahuan pihak DS Vida. "Azwan ketika itu adalah salah seorang vendor.Jadi kami beranggapan dia naik ke pentas untuk buat promosi produk." Selain itu, menghina anak-anaknya yang dah meninggal dunia juga disifatkan terlalu perit untuk diterima. "Saya tidak akan berdiam diri dan akan memfailkan saman malu kepada Azwan." Vida juga kesal sebab Azwan sepatutnya berjumpa dengannya untuk mencari penyelesaian namun memilih untuk memuat naik video menghina. Sementara itu di Twitter Azwan, dia juga sedang berbincang dengan peguam tentang perkara ini. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|