CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ramai Sayang Kau Bam" - Ratusan Jemaah Seperti Solat Jumaat Ketika Solat Jenazah Abam Bocey

11-2-2020 11:18 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 7599| Komen: 14|Original author: Ct Cheery

Description: Ratusan hadir memenuhi ruang Masjid Gombak Utara bagi bersama-sama menunaikan Solat jenazah buat arwah Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan.

Foto: IG Meletop


Kelihatan foto yang dikongsikan oleh Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor, ratusan hadir memenuhi ruang Masjid Gombak Utara bagi bersama-sama menunaikan Solat jenazah buat arwah Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan.

Loading FB Post...


"Bertuah kau Abam. Ramai yang sayang kau dan pasti merindui kau. Hujan hari ini seolah-olah turut menangisi pemergian kau Abam. Semoga roh kau dicucuri rahmatNya dan diletakkan bersama-sama orang beriman. Al-fatihah."


Dalam pada itu, adik arwah Ali Puteh sebak menceritakan detik ketika beliau cuba mengejutkan abangnya dari perbaringan di kediaman Allahyarham di Gombak pada pagi Isnin.


"Saya goncang kepala dia dan cakap abam bangun, ini angah dengan mak datang, kau kenapa macam ni?" katanya memetik Astro Awani.

Menurut Ali Puteh dia dan ibunya datang ke rumah arwah selepas mendapat panggilan dari isteri Allahyarham yang mengatakan abangnya itu pengsan.

"Tetapi dia tidak menyahut, saya sedar abang saya sudah tiada  lagi (meninggal dunia)", kata Ali yang sebak tidak dapat menahan emosi.

"Selepas ini tiada lagi istilah 'Abam' dalam hidup saya." 

Kali terakhir dia bercakap dengan arwah, pada malam Ahad menerusi panggilan telefon. 


"Malam tadi dia telefon saya, dia tanya mak macam mana, abang tak sihat ni. Tapi tidak apa, abang makan ubat. Saya ingat macam biasa je, rupanya dia nak pergi meninggalkan Kita Semua," cerita Ali kepada Astro Awani, terkilan tidak dapat berbual lama dengan abangnya.

Menurut Ali, kehilangan Abam ini juga turut mengembalikan kesedihannya yang baru sahaja kehilangan anaknya tiga bulan lalu. Memang berat ujian yang melanda Ali Puteh dan keluarganya. Semoga mereka terus tabah dan diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. - CARI 
2

Bagus
1

Marah

Terkejut
12

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • rosasen

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • sonya21

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 11-2-2020 11:31 AM
Saat2 akhir pun fikir pasal mak lagi..anak &abang yg baik sungguh ni{:cryrun
Al fatihah
Quote Sangkar_Emas7 11-2-2020 11:43 AM
Masya Allah...Pergi dalam keadaan husnul khatimah. Cemburunya...

Quote wanzulina 11-2-2020 11:49 AM
Betul arwah pergi dlm husnul khatimah. Mmg cemburu pada arwah. Kematian yang amat dicemburui.
Quote cikenet76 11-2-2020 11:57 AM
wanzulina replied at 11-2-2020 11:49 AM
Betul arwah pergi dlm husnul khatimah. Mmg cemburu pada arwah. Kematian yang amat dicemburui.

Alhamdullilah....arwah pergi dgn tenangnya...
Ramai yg iring dia kan....Alfatihah
Quote gummiebear 11-2-2020 12:04 PM
Beruntungnya Abam..
Quote husna_amal 11-2-2020 01:00 PM
Sentiasa buat baik orang pun sayang.
Quote wana89 11-2-2020 02:00 PM
Takziah buat keluarga heol
Quote Cassieopeia 11-2-2020 02:23 PM
tgk kelaurga diorg rapat..abam mmg dulukan mak n adik beradik dia..
moga husnul khatimah dan ditempatkan sama para solihin
Quote gorjeous 11-2-2020 03:44 PM
Hiba sangat-sangat ..
Quote ayra.e 11-2-2020 10:10 PM
Serius tekejut..innalillah
Quote Tudungpink 11-2-2020 11:00 PM
Ramai sgt yg datang solatkan jenazah dia penuh masjid sampai ke luar...para ustaz2, kawan2, menteri pun ada..hebat btoi...arwah jadi topik ceramah2 agama ustaz2 sekrang ni, semua cerita pasal amalan2 dia n cemburunyer dengan pengakhiran dia...alfatihah abam ...abam dalam kenangan..
Quote Mary_jane 11-2-2020 11:00 PM
See you in heaven.
Quote Konahhh 11-2-2020 11:20 PM
Orang baik ramai sayang
Quote ctcheery 17-2-2020 07:40 AM
Al-fatihah..sampai skrang org Masih bercerita kebaikan arwah.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.117698 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top