CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menyeramkan! Anak Patung Elsa Pulang Ke Rumah Setelah 2 Kali Dibuang

4-2-2020 10:58 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 10973| Komen: 27|Original author: Tukang Tulis

Anak patung Elsa yang dibuang ditemukan semula di halaman belakang rumah Emily. Kredit foto: Mirror

Anak-anak patung yang comel tetapi berpuaka hanya muncul sebagai watak-watak dalam filem seram seperti Chucky dan Annabelle.

Namun, seorang wanita dan keluarganya di Houston, Texas mengalami sendiri pengalaman menakutkan itu dengan anak patung Elsa yang merupakan salah satu watak dalam filem animasi, Frozen.

Memetik laporan Mirror, Emily Madonia menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan anak patung yang dihadiahkan kepada anak perempuannya, Aurelia sempena Krismas.


Anak patung itu menakutkan mereka apabila ia menyanyi dan bercakap dalam bahasa Sepanyol apabila suisnya ditutup.

Setelah dibenarkan oleh Aurelia, Emily dan suaminya, Mat membuang anak patung itu tetapi ia 'pulang' ke rumah mereka dua kali.

Dalam kejadian pertama, mereka menemui anak patung tersebut di atas bangku kayu di dalam rumah.

"Okey... kami berasa seram dan kemudian meletakkannya ke dalam dua lapis plastik sampah yang diikat ketat dan diletakkan di dasar tong sampah sebelum ditimbun dengan sampah yang lain dan diletakkan di tepi jalan serta dikutip oleh lori sampah," jelas Emily.

Anak patung Elsa dijadikan hadiah sempena Krismas. Kredit foto: Mirror / Commercial Team
Kemudian, mereka semua pergi bercuti dan apabila mereka pulang, anak patung Elsa itu ditemukan di halaman belakang rumah.

Seterusnya, Emily memutuskan untuk menghantar anak patung berkenaan melalui pos kepada rakannya, Chris yang tinggal lebih 1,500 batu dari rumah mereka.

Chris yang tertarik dengan kisah misteri anak patung Elsa itu mengesahkan dia telah menerima kiriman tersebut.

Watak Chucky yang menyeramkan dalam filem Child's Play. Kredit foto: Horrornews.net
Dia juga telah melekatkan anak patung tersebut pada bonet keretanya untuk mengelakkan ia 'merayau-rayau' ke tempat lain.

Mujurlah anak patung Elsa itu tidak mengganas seperti Chucky atau Annabelle. - CARI
3

Bagus
3

Marah
7

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Munirah_Kazuya

  • Terkejut

    Anonymity

  • makton

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 4-2-2020 11:21 AM
kalau dapat elak kan lah menyimpan patung2 permainan ni.
Quote zuuu 4-2-2020 11:23 AM
Gila seram....kalo anak patung tu balik jugak ke umah Emily ni,harus dia yg pindah umah kali ni
Quote Ina8895 4-2-2020 11:26 AM
Boleh caya ke ni?
Quote salmon-suki 4-2-2020 11:38 AM
Time kecik dlu pernah beli anak patung y berhantu..org ckp kalau kita syg sgt kt patung tu,lama2 patung tu ada semacam roh sndiri..ntah laa..ye atau tidak..

My bunny pun sama..tibe2 duk bawah rumah bergelumang dgn pasir..anak patung berhantu tu dah "mati" terbakar..huhu..
Quote eLiaD 4-2-2020 11:42 AM
eeeii scarynye igt td si chunky mendoggy si Elsa kahkahkah
Quote sarah82 4-2-2020 12:00 PM
Sebab tu aku x pernah ada anak patung hatta teddy bear
Quote miftahuljamilah 4-2-2020 12:01 PM
ada jin menumpang
Quote Ina8895 4-2-2020 12:15 PM
salmon-suki: Time kecik dlu pernah beli anak patung y berhantu..org ckp kalau kita syg sgt kt patung tu,lama2 patung tu ada semacam roh sndiri..ntah laa..ye atau t ...


Dia terbakar sendiri ke?
Quote rosasen 4-2-2020 01:00 PM
aritu dh ada thread ni
Quote RatuDunia94 4-2-2020 01:04 PM
Kak Hassanah Ricardson ke ni??
Quote EmaAsmadi 4-2-2020 01:04 PM
Simpan je. Comel kot
Quote mdhelmi 4-2-2020 02:10 PM
xtaula btol atau rekaan
nk tau akan balik ke x, pegi cincang anak patung tu pastu buang
tgk lepas tu balik lagi ke x

kalo anak2 aku beli anak patung atau soft toys
ada masa aku akan buat mcm bola sepak
sepak terajang sana sini
anak patung dibolehkan utk budak2 main
tp kalo ada patung yg sentiasa dibelai2 kat dlm rumah
mmg ada potensi benda halus menempel kat situ
benda tu anggap mcm kalo dia dok kat patung tu so kita akan belai2 dia
lebih kurang mcm memuja dia
Quote Munirah_Kazuya 4-2-2020 02:48 PM
Patung kan kosong mudah lah benda nak masuk..
Quote 234126 4-2-2020 10:49 PM
Abah pernah kutip semua anak patung iol sebaik sahaja iol masuk uni dok asrama. Dia bakar kat laman belakang. iol nak gelak pun ada tapi bersyukur sebab dia ambil kisah. iol masa kecik degil ya ampun nak juga simpan teddy la anak patung la. Nasib tak kena rasuk / masuk setan patung2 tu
Quote ctaz 5-2-2020 09:14 AM
drama nak viral jer lebih...
Quote MadameOnion 5-2-2020 10:22 AM
hasanah kokosen
Quote violetungu 5-2-2020 11:18 AM
Aku time kck2 cukup takut anak patung tambah3 yg ada bulu mata kedip2 tu..menakutkan kot sampai skrg pun aku xsk tgk.scary
Quote kancilku_biru 5-2-2020 03:48 PM
Comelnyeee iols berkenan plak. Ntah2 tu utk pasaran spanish speakers. Nape takde subtitle skali nak tau apa elsa tu membebel.
Quote kancilku_biru 5-2-2020 04:06 PM
Nak tambah... masa aku budak2 dulu aku pernah mimpi teddy bear kesayangan aku dtg nak cekik aku masa aku tgh tido. Rasa macam real okay.

Masa tu aku tgh tido petang kat atas sofa kat ruang tamu. Teddy aku tu pulak mak aku simpan dlm almari kaca yg jenis lutsinar tu. Mak aku letak sebelah teddy bear adik aku. Aku ingat lagi masa tu aku tgh layan cerita popeye kat tv. Tv ada kat atas almari kaca tu setentang dgn tmpt aku baring so aku tgk tv sambil mengadap teddy bear aku tu. Aku boleh nampak dgn jelas teddy bear tu tiba2 dia bergerak pelan2 dia bukak sliding almari kaca tu pastu dia jalan pegi kat aku. Sebijik mcm movie TED. Aku plak tak boleh nak bergerak langsung time tu. Sampai kat aku dia boleh cekik leher aku sampai aku meronta2  tercungap2 terjerit2 mintak tolong kat mak aku. Mak aku pun ada kat situ tgh layan popeye gak. Tapi mak aku buat donno je mcm take pape berlaku.

Masa tgh struggle tu la aku terjaga. Terus aku bangun dari sofa aku ambik teddy bear tu aku terus campak keluar tingkap. Masa tu aku tinggal kat kuarters lama jenis kayu so tingkap dia pun yg jenis bukak tutup macam iklan adabi tu. Mak aku nampak terus dia marah last2 dia pegi kutip balik pulak teddy bear tu. Ish..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.078561 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top