Bukan senang nak kekal berhijab bila berkecimpung dalam dunia hiburan. Tak hairanlah bila ramai artis yang tewas. Perkara ini diakui sendiri oleh Yina yang dah mencipta nama di peringkat antarabangsa.
Menurutnya dia berdepan dengan beberapa dugaan di awal kemunculannya.
Penyanyi ini menjadi mangsa prejudis segelintir pihak ketika mahu bergelar penyanyi di Malaysia. Lagi teruk bila ada yang memintanya buang tudung jika mahu bernaung di bawah sebuah syarikat muzik.
"Ada beberapa sesi fotografi yang meminta saya untuk menunjukkan sedikit bahu dan lulut. Semuanya berakhir apabila saya nekad untuk pulang. "Lebih teruk bila ada beberapa majalah enggan letak saya di muka hadapan," tulisnya melalui Instagram.
Namun kini Yuna lega kerana masyarakat kini lebih menghargai bakat berbancing penampilan seseorang. "Saya gembira tengok ramai wanita berhijab berjaya di luar sana dan dunia sudah menrima wanita sepeti kami. "Niat saya hanya mahu berkarya dan membantu keluarga untuk kehidupan yang lebih baik," tambahnya. Smeoga Yuna kuat iman dan tidak mudah tergoda untuk masa-masa akan datang. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|