Pelakon Ruhainies ketika ditemu bual Gempak meluahkan rasa terkilan terhadap pihak Kedutaan Malaysia di Filipina ketika mengulas isu terkandas akibat letusan gunung berapi di sana.
Jelas Ruhainies kecewa diberi layanan 'nak tak nak' oleh pihak kedutaan itu. "Saya ada hubungi Kedutaan Malaysia di Filipina untuk meminta bantuan memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya. "Saya beritahu yang saya terkandas serta mohon nasihat daripada pihak mereka. "Individu yang bercakap dengan saya tu wanita melayu. Dia tidak membantu saya langsung. "Alasannya dia merupakan kakitangan baru di situ jadi tidak tahu apa yang perlu dilakukan," jelasnya mengimbau kejadian. Ruhainies juga berkecil hati apabila tiada tindakan susulan diambil apabila dia meminta wanita tersebut untuk bertanya kepada individu lebih senior. "Dia cakap, "nanti saya akan hubungi semula." Namun sampai dah selesai semuanya, tidak ada pun panggilan telefon daripada mereka. "Saya lakukan semuanya dengan sendiri," katanya. Lebih mengecewakan apabila media melaporkan tiada rakyat Malaysia terkandas ketika insiden letusan gunung berapi itu. "Yang tak seronok, keesokannya berita menyatakan tidak ada rakyat Malaysia yang terkandas. "Sistem mereka sangat teruk. Saya kecewa dengan kedutaan di sana," ujarnya terkilan. |
lee_sakura replied at 31-1-2020 12:33 PM
dia ingat embassy nk jaga dia sorg, dlm keadaan genting mcm tu embassy akan cari rakyat malaysia yg ...
lee_sakura replied at 31-1-2020 12:33 PM
dia ingat embassy nk jaga dia sorg, dlm keadaan genting mcm tu embassy akan cari rakyat malaysia yg ...
ADVERTISEMENT