CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

WHO Isytihar Wabak Koronavirus Sebagai Kecemasan Antarabangsa

31-1-2020 11:17 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 9315| Komen: 85|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Kredit foto: Facebook


Setelah lebih seminggu koronavirus dikesan di seluruh dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai satu kecemasan antarabangsa.

Suara Merdeka yang memetik Straits Times Singapura melaporkan, pengisytiharan itu diumumkan Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang media di Geneva, Switzerland pada 31 Januari.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan WHO yang disertai pakar-pakar bebas diadakan ekoran banyak bukti menunjukkan virus berkenaan telah menular ke 18 negara.

Ghebreyesus menjelaskan, wabak koronavirus merupakan satu fenomena yang belum pernah berlaku sebelum ini.


"Kebimbangan utama kami adalah potensi virus ini merebak ke negara lain dan melemahkan sistem kesihatan.

"Biar saya jelaskan pengisytiharan ini bukanlah satu undi tidak percaya kepada China," katanya.



Jawatankuasa Kecemasan WHO yang dipengerusikan Didier Houssin dari Perancis itu turut dianggotai 16 pakar bebas.

Sebelum ini, pakar-pakar berkenaan agak keberatan untuk membuat pengisytiharan kecemasan antarabangsa berikutan penularan wabak koronavirus.

Mereka mahu mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dari China dan negara-negara lain yang terjejas terlebih dahulu.


Saringan yang dijalankan di China (gambar hiasan). Kredit foto: UP News Info

Pengisytiharan itu akan mencetuskan cadangan kepada semua negara untuk mencegah dan mengurangkan penularan wabak merentasi sempadan.

Setakat ini, Malaysia telah menyekat kemasukan pelancong warga China yang berasal dari Wuhan dan Hubei. - CARI
4

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • EmaAsmadi


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakatanhancing 31-1-2020 10:31 AM
jangan panik, benda kecil sahaja

jangan sebar berita pelesu
Quote ctaz 31-1-2020 10:58 AM
virus Wuhan masalah kecil - Menteri Pelancongan PH


HARhaahahaahhaahahahr
Quote September14 31-1-2020 11:07 AM
Obesiti dgn denggi lbh bahaya dr corona bak kata pencacai bodoh sial
Quote hussaini4675 31-1-2020 11:17 AM
Kredit foto: Facebook




Setelah lebih seminggu koronavirus dikesan di seluruh dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai satu kecemasan antarabangsa.


Suara Merdeka yang memetik Straits Times Singapura melaporkan, pengisytiharan itu diumumkan Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang media di Geneva, Switzerland pada 31 Januari.


Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan WHO yang disertai pakar-pakar bebas diadakan ekoran banyak bukti menunjukkan virus berkenaan telah menular ke 18 negara.


Ghebreyesus menjelaskan, wabak koronavirusmerupakan satu fenomena yang belum pernah berlaku sebelum ini.


"Kebimbangan utama kami adalah potensi virus ini merebak ke negara lain dan melemahkan sistem kesihatan.

"Biar saya jelaskan pengisytiharan ini bukanlah satu undi tidak percaya kepada China," katanya.




[fbvlink]https://www.facebook.com/WHO/videos/2803414043030186/[/fbvlink]



Jawatankuasa Kecemasan WHO yang dipengerusikan Didier Houssin dari Perancis itu turut dianggotai 16 pakar bebas.


Sebelum ini, pakar-pakar berkenaan agak keberatan untuk membuat pengisytiharan kecemasan antarabangsa berikutan penularan wabak koronavirus.


Mereka mahu mendapatkan sebanyak mungkin maklumatdari China dan negara-negara lain yang terjejas terlebih dahulu.




Saringan yang dijalankan di China (gambar hiasan). Kredit foto: UP News Info




Pengisytiharan itu akan mencetuskan cadangan kepada semua negara untuk mencegah dan mengurangkan penularan wabak merentasi sempadan.


Setakat ini, Malaysia telah menyekat kemasukan pelancong warga China yang berasal dari Wuhan dan Hubei. - CARI
Quote pumpkingirl 31-1-2020 11:19 AM
Duhhh..kenapa who gelabah sangat..

Quote bloodyamuk 31-1-2020 11:21 AM
'So kita semua perlu menggelabah ke acaner?'

-macaiPH
Quote Ina8895 31-1-2020 11:26 AM
WHO sebar berita palsu jugak ke?
Quote MadameOnion 31-1-2020 11:28 AM
ni semua fake news je..kalau bukan menteri ph umum@isytihar semua itu fake fake fake..jgn pecaya..semua yg mai dari PRC tak bawak penyakit pun
Quote epal21 31-1-2020 11:32 AM
Dah boleh panik ke ni? Doktor 2 ni tak faham, org panic bukannya maksud nak pergi rush supermarket beli barang makanan, kita panik maksudnya kita amik precautions jaga kebersihan & interaksi dgn org2 tak sihat. Mana si menteri pelancongan yg bongkak & menteri wilayah yg bebal tu? Buat masa ni iols unfollow public health msia page dgn doktor 2 yg menggelakkan netizen.
Quote Azharitubunga 31-1-2020 11:33 AM
WHO lak yg panik ni kenapa?
Denggi lg bahaya la.. merokok lg bahaya pd koronavirus
Jgn nak sebar berita palsu..
Quote adeqbun 31-1-2020 11:41 AM
Dr emelda balchin dah off komen weh...panik attack ke Dr.....
Quote honeybee1802 31-1-2020 11:59 AM
adeqbun replied at 31-1-2020 11:41 AM
Dr emelda balchin dah off komen weh...panik attack ke Dr.....

Bakper plak?
Quote husna_amal 31-1-2020 12:02 PM
WHO dah isytihar kecemasan antarabangsa. so kita dah boleh mengelabah la sekarang.
Quote sarah82 31-1-2020 12:03 PM
Hahahahaah.. Sambil makan kacang botak.. Ni aku menyampah bila telahan aku betullll..
Quote adeqbun 31-1-2020 12:04 PM
honeybee1802 replied at 31-1-2020 11:59 AM
Bakper plak?

hari tu ade bebebrapa post die sakastik psl netizen yg Panik sbb nciv dan conpare kematian sbb rokok dan diabetes lg tggi drpd ncov tp xde pulak org nak panik mcm ni..
Quote shark_eow7 31-1-2020 12:04 PM
tak yah gelabah.. kan obesiti & denggi lagi bahaya dari virus ni..
Quote Skuau 31-1-2020 12:04 PM
Malaysia mempunyai TOK MOH yg handal2...pooh kiri,pooh kanan.....
Quote Rynaf 31-1-2020 12:04 PM
Hahaha. Mau toreh muka tak berdarah set-set yang kata nCov ni benda kecik jer
Quote sarah82 31-1-2020 12:05 PM
MadameOnion replied at 31-1-2020 11:28 AM
ni semua fake news je..kalau bukan menteri ph umum@isytihar semua itu fake fake fake..jgn pecaya..se ...

Aku dah kata kan hari tu...

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.066185 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top