CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Radhi Sertai Tabligh Atasi Tekanan Lepas Bercerai Untuk 'Ubat' Jiwa

30-1-2020 01:12 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5651| Komen: 29

Kredit foto: Instagram Radhi OAG dan Harian Metro

Radhi OAG mengakui begitu terkesan dengan penceraian keduanya tahun lepas sehingga hampir kemurungan.

Ekoran penceraian dan pada masa sama berdepan isu ketagihan dadah, Radhi menyertai kegiatan kumpulan tabligh untuk 'mengubati jiwanya'.


“Masa bercerai tu boleh diibaratkan Allah hantar bantuan yang dikehendaki-Nya kepada saya. Ni semua urusan Allah. Kami pergi jalankan aktiviti tabligh ke Pulau Babi, Johor,” katanya yang dipetik dari Malaysiakini.

Fokus utamanya ialah memastikan dia kuat untuk berdepan sebarang cabaran. Justeru dia akan cuba menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti pada waktu terluang.



“Siapa tak sedih kalau bercerai. Saya hanya manusia biasa, pernah juga mengalami tekanan akibat perceraian tersebut.

Radhi turut menyasarkan tahun 2020 ini tahun kebangkitanya semula dalam industri muzik.

“Namun, saya mahu 2020 ni menjadi tahun untuk saya berdakwah dan aktif bermain muzik semula,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaru OAG, berjudul #ORI.

Menurut Radhi, single ini dihasilkan untuk memberi inspirasi kepada orang lain agar sentiasa bersedia menghadapi cabaran.



“Memang saya buat lagu tu disebabkan perpisahan yang berlaku. Walaupun pelbagai halangan yang menimpa di depan, anda haruslah menjadi diri sendiri, #ORI,” katanya.

Semoga Radhi mengambil iktibar atas apa yang berlaku pada dirinya. - CARI 
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misuke 30-1-2020 01:15 PM
Alhamdulillah... harapnya istiqomah la... retis ppuan ramai dh tudung melayang..
Quote Themilo 30-1-2020 01:24 PM
tua dah.. dulu-dulu menggelupur meols nampak radhi, siap tangkap gambar lagi.. hahaha.. 20 tahun lepas laaaa...
Quote mdhelmi 30-1-2020 01:35 PM
nice move radhi
bakat yg ada boleh kembangkan melalui lagu2 dakwah
Quote jaja8 30-1-2020 01:56 PM
semoga jadi org berguna radhi
Quote barfi 30-1-2020 02:30 PM
Kat kg iols tu, set2 tabligh pun layan pil kuda..

Huhu luaran berjubah bini plak berpurdah bagai. Rumah takleh ada TV tapi laki layan dadah. Apoooo
Quote anony-mous 30-1-2020 02:39 PM
barfi replied at 30-1-2020 02:30 PM
Kat kg iols tu, set2 tabligh pun layan pil kuda..

Huhu luaran berjubah bini plak berpurdah bagai. ...

I nk ckp begini juga. Join tabligh belum tentu dpt jauhkan diri dari mendadih.
Quote Kurex 30-1-2020 02:54 PM
Themilo replied at 30-1-2020 01:24 PM
tua dah.. dulu-dulu menggelupur meols nampak radhi, siap tangkap gambar lagi.. hahaha.. 20 tahun lep ...

taste uols ni pelik kan sewaktu muda?
Quote Themilo 30-1-2020 02:57 PM
Kurex replied at 30-1-2020 06:54 AM
taste uols ni pelik kan sewaktu muda?

jiwa rebel remaja sangat.. dah tetua gini, lain pulak arahnya
Quote husna_amal 30-1-2020 02:58 PM
Pulau Babi, Johor. Memang ada tempat nama macam ni ya?
Quote Kurex 30-1-2020 02:58 PM
Themilo replied at 30-1-2020 02:57 PM
jiwa rebel remaja sangat.. dah tetua gini, lain pulak arahnya

iols minat syuk newboyz
Quote Themilo 30-1-2020 03:02 PM
Kurex replied at 30-1-2020 06:58 AM
iols minat syuk newboyz

elok la chuols tak mendadih dengan dia. kes dia terlepas kan?

yang dua orang, along dengan jay selalu ja meols nampak kat LRT Tasik Selatan dulu-dulu, jual wallet / tali pinggang fake
Quote tagas 30-1-2020 03:11 PM
join abg kembar dia kot

coz abg kembar radhi nih pun tabligh jgk
Quote vee_zara 30-1-2020 03:11 PM
Susah iols nak percaya. Huhu
Quote puanbintang 30-1-2020 03:16 PM
harap istiqomah, radhi
Quote Kurex 30-1-2020 03:24 PM
Themilo replied at 30-1-2020 03:02 PM
elok la chuols tak mendadih dengan dia. kes dia terlepas kan?

yang dua orang, along de ...

masa tu zaman kegemilangan dorang ke?
Quote ikanmasin 30-1-2020 03:38 PM
harap2 betul lah jgn kejap jer..
Quote intanazlynna 30-1-2020 03:44 PM
semoga baik2...
Quote MissLana 30-1-2020 03:58 PM
semoga berubah dan istiqomah menjadi baik dan memperbaiki diri. aamiin
Quote qiqi 30-1-2020 04:00 PM
anony-mous replied at 30-1-2020 02:39 PM
I nk ckp begini juga. Join tabligh belum tentu dpt jauhkan diri dari mendadih.

Arwah Pak cik kepada suami iols pun ahli tabligh, tapi taik dadah, kerja dapat upah dari cuci masjid..selalu join ahli tabligh ni sampai ke India sana...meninggal tahun lepas pun sbb hati dah rosak teruk sbb dadah.

Btw, hari tu nampak Radhi keluar Tv dlm, lupa dh cerita apa..yg Abil jadi host tu, ustz ebit lew pun ada skali, ya Allah tgk Radhi masa tu mcm tak betul je, dari percakapan nampak sgt kepala tgh ting tong, dgn air liur pekat putih tepi bibir..uwekkk geli nak matey.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.054073 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top