Calon ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi akan ditemani pegawai, Jun depan. Astro AWANI melaporkan, JPJ akan melaksanakan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Testing) di institut memandu seluruh negara.
Kata Datuk Seri Shaharuddin Khalid, pengukuran prestasi calon akan dilakukan secara elektronik (automasi), manakala hasil keputusan ujian memandu dijana secara berkomputer. Tiada lagi pegawai JPJ di dalam kenderaan bersama calon, sebaliknya mereka akan memantau dan memberi arahan kepada calon dari bilik kawalan. "Ia bukan sahaja memudahkan calon tetapi yang penting tiada lagi urusan antara calon dan pegawai JPJ di dalam kenderaan itu sekaligus meningkatkan integriti jabatan," kata Ketua Pengarah JPJ itu. Buat masa ini, tiga institut memandu di Johor dipilih sebagai projek rintis dan pelaksanaannya akan diperluaskan seluruh negara pada Jun depan. - CARI
|
jalfa replied at 23-1-2020 04:25 AM
X de duit tepi lg la ye.dulu ingat jpj garang test aku....dia jerit kat aku x nampak lori kat blkg.. ...
jalfa replied at 23-1-2020 12:25 PM
X de duit tepi lg la ye.dulu ingat jpj garang test aku....dia jerit kat aku x nampak lori kat blkg.. ...
gigahertz replied at 23-1-2020 01:57 PM
i paling benci masa kat traffik light .merah. dia suruh jalan jugak.
ADVERTISEMENT